Harian Metro

Kekal jiwa tempur

„ 3 pegawai kadet UPNM pilih terus pengajian ketenteraa­n

- Hairulazim Mahmud azim@hmetro.com.my

“Sejak menuntut di MTD (Maktab Tentera Diraja), cita-cita saya melanjutka­n pelajaran ke luar negara, dan selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 9A+1A, saya terima beberapa tawaran belajar di Jerman di bawah pelbagai biasiswa.

“Memang saya gembira tapi jiwa saya mahu kekal dalam tentera dan selepas solat Istikharah saya buat keputusan meneruskan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

(UPNM) walaupun ada yang memperkeci­lkan keputusan saya,” kata Abdul Halim Abdul Rahim, 21.

Dia seorang daripada tiga pegawai kadet cemerlang sehingga melayakkan mereka terpilih melanjutka­n pengajian ketenteraa­n di akademi tentera terkenal dunia iaitu West Point di Amerika Syarikat (AS), Kolej Tentera Diraja Duntroon, Australia dan Akademi Pasukan Pertahanan Australia (ADFA), Canberra.

Abdul Halim yang kini menuntut di West Point berkata, bapanya Abdul Rahim Abdul Manaf banyak mempengaru­hinya untuk menjadi pegawai tentera.

Selain itu, katanya, tawaran biasiswa ke West Point melalui Kementeria­n Pertahanan membuktika­n pilihannya berkhidmat sebagai tentera tidak silap.

“Kini selepas setahun di West Point dalam bidang kejurutera­an mekanikal, ia memberikan kepuasan kepada saya dan berazam terus cemerlang dan membuktika­n rakyat Malaysia boleh melakukan yang terbaik demi negara,” katanya.

Sebagai seorang daripada 15 pegawai kadet asing dalam kalangan 1,200 yang lain di West Point, dia sentiasa memastikan dirinya memperoleh pencapaian terbaik.

“Apabila pulang nanti saya mahu berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD),” katanya.

Sementara itu,

Syed Faris Al-Sagoff

Syed Feisal, 24, berkata, selepas memperoleh Ijazah

Sarjana Muda

Sains (Matematik dan Statistik) dari ADFA, beliau meneruskan pengajian ketenteraa­n di Kolej Tentera Diraja Duntroon, Australia.

“MTD yang membentuk saya hari ini dan mengenai pengajian di ADFA sama seperti di UPNM, tetapi suasana saja berbeza,” katanya.

Sehubungan itu, beliau amat berterima kasih kepada guru dan pegawai di MTD yang mendidikny­a sehingga berjaya ke tahap sekarang.

Seorang lagi bekas pelajar MTD Aidil Nur Syahid Ab Rahman yang sedang mengikuti pengajian di ADFA berkata, bekas ketua jurulatihn­ya sumber inspirasi menceburi bidang ketenteraa­n.

Katanya, walaupun cita-citanya melanjutka­n pengajian ke West Point, dia bersyukur terpilih ke ADFA kemudian ke Duntroon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia