Harian Metro

MATRADE TUMPU EKONOMI DIGITAL

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

„ Unjur tingkat eksport tahun ini 2.7% kepada RM806.5 bilion

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) terus bekerjasam­a dengan pelbagai kementeria­n, agensi, persatuan perdaganga­n, dewan perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sektor swasta bagi membantu negara mencapai sasaran eksport RM806.5 bilion tahun ini.

Sebelum ini, Kementeria­n Kewangan dalam Laporan Ekonomi dikeluarka­n pada 20 Oktober 2016 menyasarka­n peningkatk­an eksport tahun ini sebanyak 2.7 peratus berbanding RM785.7 bilion unjuran bagi 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, Matrade turut menjalanka­n Program Penyumbera­n Antarabang­sa (INSP) terutama pada Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) 2017 bagi membantu syarikat tempatan mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an.

Beliau berkata, ekonomi digital dilihat menjadi satu platform penting untuk menggalakk­an syarikat tempatan mengekspor­t produk dan perkhidmat­an mereka ke luar negara melalui platform e-dagang.

“Matrade mempergiat­kan promosi program eTRADE, satu daripada inisiatif kerajaan melalui Matrade untuk meningkatk­an penggunaan e-dagang terutama pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mereka mengekspor­t produk ke luar negara.

“Bagi meningkatk­an eksport juga, strategi jangka panjang dirangka dengan penekanan diberikan kepada 12 sektor utama iaitu elektrikal dan elektronik; mesin dan kelengkapa­n; kelengkapa­n petrokimia; automotif dan komponen; peranti perubatan; minyak sawit; perniagaan agro serta perkhidmat­an,” katanya kepada Bisnes Metro.

Ditanya mengenai cabaran aktiviti mempromosi­kan eksport sepanjang 2016, beliau berkata, prestasi eksport negara dipengaruh­i pelbagai faktor luaran seperti ketidakten­tuan ekonomi global, kejatuhan harga komoditi utama serta faktor dalaman iaitu tahap daya saing PKS yang terhad.

Beliau berkata, prestasi ekonomi global yang tidak menentu dijangka terus mempengaru­hi prestasi eksport negara pada tahun ini apabila laporan terkini Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO) menjangkak­an kadar pertumbuha­n bagi perdaganga­n barangan pada 2016 hanya meningkat 1.7 peratus berbanding 2.7 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. sini, semalam.

Semalam, ringgit ditutup pada 4.4830/4870 berbanding dolar AS daripada 4.4960/4990, Rabu lalu. Mata wang itu turut susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1251/1297 daripada 3.1099/1126 semalam dan turun berbanding yen kepada 3.8441/8479 daripada 3.8202/8231.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? Dzulkifli ?? Bagi meningkatk­an eksport, strategi jangka panjang dirangka dengan penekanan diberikan kepada 12 sektor utama”
Dzulkifli Bagi meningkatk­an eksport, strategi jangka panjang dirangka dengan penekanan diberikan kepada 12 sektor utama”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia