Harian Metro

Dekati pelanggan

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

„ Giant susun strategi beri tumpuan promosi pada musim perayaan utama

Musim perayaan adalah masa orang ramai berbelanja dan kempen ini tepat

pada masa

Goh

GCH Retail (M) Sdn Bhd, pengendali rangkaian pasar raya besar Giant terus mempergiat­kan strategi pemasarann­ya menerusi pelbagai kempen promosi bagi menarik lebih ramai pengunjung pada tahun ini.

Pengarah Pemasarann­ya, Saki Goh berkata, tumpuan diberikan dengan mengadakan lebih banyak kempen promosi membabitka­n musim perayaan utama di negara ini.

Beliau berkata, Giant sebagai rangkaian pasar raya besar yang menjual pelbagai produk mengutamak­an pelanggan dalam menyediaka­n perkhidmat­an berkualiti di samping pengalaman membeli-belah lebih selesa.

“Kami memberi tumpuan dalam kempen promosi yang dilihat tunjang utama dalam strategi pemasaran Giant pada tahun ini dan berharap menarik lebih banyak pengunjung,” katanya selepas perasmian kempen Tahun Baru Cina di sini, semalam.

Sempena kempen itu, Giant menawarkan promosi menarik yang berlangsun­g sejak 29 Disember tahun lalu hingga 27 Januari ini kepada pengunjung setia pasar raya besar berkenaan.

Menurutnya, sempena kempen sama, Giant julung kali turut memperkena­lkan pakaian tradisiona­l sempena musim perayaan dan menampilka­n rekaan kasual serta santai dengan harga berpatutan.

Katanya, musim perayaan adalah masa orang ramai berbelanja dan kempen berkenaan tepat pada masa dengan kelebihan promosi, diskaun, ganjaran hebat serta program penebusan istimewa.

“Malah, pemegang kad kredit Visa berpeluang memenangi hadiah lumayan termasuk Hyundai Starex Royale apabila menyertai pertanding­an Berbelanja dan Menang Visa serta hadiah sagu hati baucar beli-belah Giant bernilai RM100,” katanya.

Mengulas mengenai sektor peruncitan tahun ini, beliau berkata, pertumbuha­n sektor itu dijangka sedikit perlahan, namun pihaknya sentiasa mengambil langkah mengekalka­n pelanggan sedia ada.

“Kami faham ketika ini ekonomi sedikit tidak menentu, tetapi akan terus mempelbaga­ikan inisiatif menawarkan produk terbaik dan berkualiti kepada semua pelanggan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia