Harian Metro

BR-V gabungan unik 2 model

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda) menyasarka­n jualan 800 unit sebulan model ‘crossover’ BR-V yang dilancarka­n, semalam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Katsuto Hayashi berkata, sejak tempahan dibuka pada Disember tahun lalu, model berkenaan menerima sambutan menggalakk­an daripada golongan berkeluarg­a dan eksekutif muda.

“Model unik ini menggabung­kan rekaan luaran sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan kapasiti tempat duduk tujuh penumpang dan ruangan dalaman yang fleksibel.

“Ia model yang menarik untuk pembeli di Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan.

Honda BR-V dibangunka­n khusus untuk pasaran Asia Tenggara oleh Honda R&D Asia Pacific Motor Co Ltd (HRAP) berpangkal­an di Thailand kerana kepentinga­n pasaran di rantau ini dengan populasi dan kuasa beli yang berterusan.

Ia juga sejajar dengan peningkata­n jualan sebanyak 70 peratus dalam tempoh lima tahun yang berjaya dicatatkan.

Honda juga menjadi jenama bukan nasional pertama yang mencapai kedudukan kedua dalam Jumlah Keseluruha­n Industri (TIV) pada 2016 dengan perkongsia­n pasaran 15.8 peratus dan jualan 91,830 unit di negara ini.

Beliau berkata, BR-V serba baharu itu dikuasakan enjin 1.5L i-VTEC de- ngan kotak gear CVT yang menawarkan penjimatan bahan api dan pemanduan yang lebih baik dengan output enjin sehingga 120PS.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri praktikal dan nilai tambah yang menarik seperti rim aloi dua tona bersaiz 16 inci, rel bumbung, Lampu Nyalaan Siang (DRL), 11 pemegang tempat minuman, pendingin hawa untuk penumpang belakang dan banyak lagi.

Aspek keselamata­n dipasangka­n dengan Beg Udara Hadapan SRS, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Pendakian (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan ISO Fix yang menerima pengiktira­fan lima bintang keselamata­n oleh ASEAN NCAP.

Dua varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu E dengan harga RM85,800 dan V pada harga RM92,800 (semua harga atas jalan termasuk insurans) serta lima tahun jaminan tanpa had perbatuan.

Lima warna disediakan untuk pilihan pembeli iaitu merah (Dark Ruby Red Pearl), kelabu (Modern Steel Metallic), perak (Lunar Silver Metallic), putih (Taffeta White) dan perang (Golden Brown Metallic).

„ Dua varian sasar jualan 800 unit sebulan

 ??  ?? PRESIDEN Asian Honda Motor Co Ltd, Noriaki Abe (kiri) bersama Katsuto menunjukka­n tanda bagus ketika melancarka­n Honda BR-V Crossover di Kuala Lumpur Convention Centre.
PRESIDEN Asian Honda Motor Co Ltd, Noriaki Abe (kiri) bersama Katsuto menunjukka­n tanda bagus ketika melancarka­n Honda BR-V Crossover di Kuala Lumpur Convention Centre.
 ??  ?? HONDA BR-V Crossover menyediaka­n lima pilihan warna.
HONDA BR-V Crossover menyediaka­n lima pilihan warna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia