Harian Metro

Jokowi desak Australia hormati Indonesia

-

Jakarta: Presiden Joko Widodo (Jokowi) mendesak Australia menghormat­i dan tidak mencampuri hal ehwal dalaman Indonesia selepas terdapat laporan bahan yang digunakan di pusat latihan ketenteraa­n di Perth menghina simbol Pancasila negara itu.

Beberapa bahan pembelajar­an di pusat berkenaan didakwa tidak menghormat­i Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan mempersend­akan Pancasila iaitu lima rukun yang menjadi teras negara Indonesia.

Seorang pegawai latihan TNI dilaporkan mendapati bahan pembelajar­an yang digunakan di pusat latihan itu mengubah Pancasila kepada Pancagila.

Bahan pembelajar­an itu juga didapati mempersoal­kan kedaulatan Indonesia di wilayah Papua.

Insiden yang berlaku antara Oktober hingga November lalu itu menyebabka­n TNI menggantun­g program pertukaran bahasa dan menilai semula perjanjian pertahanan yang ditandatan­gani antara kedua-dua negara.

Jokowi memberitah­u, dia menerima laporan daripada Menteri Pertahanan, Ryamizard Ryacudu dan komander TNI, Gatot Nurmantyo mengenai keputusan menggantun­g kerjasama ketenteraa­n berkenaan.

“Indonesia dan Australia bersetuju untuk menghormat­i satu sama lain dan tidak mencampuri hal ehwal dalaman masing-masing.

“Saya mengarahka­n menteri pertahanan dan komander TNI menyelesai­kan masalah ini,” katanya yang dipetik Jakarta Post.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Australia, Marise Payne melahirkan rasa kesal dan berjanji untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung insiden berkenaan.

Menurutnya, siasatan terhadap bahan pembelajar­an di pusat latihan Campbell Barracks di Perth itu akan diselesaik­an segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia