Harian Metro

Bantah harga minyak naik

- Agensi

Mexico City: Puluhan kedai dijarah semalam selepas tunjuk perasaan besar-besaran oleh sebahagian penduduk Mexico yang membantah kenaikan harga minyak.

Polis berkata, mereka menahan lebih 200 orang berikutan kejadian itu.

Sehingga semalam, ramai penunjuk perasaan masih mengepung stesen minyak, mengganggu trafik di lebuh raya dan mengadakan tunjuk perasaan sejak kerajaan menaikan harga minyak sebanyak 20.1 peratus 1 Januari lalu.

Kegiatan menjarah meningkatk­an lagi ketegangan, mendorong Menteri Dalam Negeri, Miguel ANgel Osorio Chong mengarahka­n Suruhanjay­a Keselamata­n Kebangsaan membantu pihak berkuasa tempatan mengawal keadaan.

Pihak berkuasa berkata, 79 kedai dijarah sementara lebih 170 lagi dikepung, kebanyakan­nya di negeri Mexico, Mexico City, Hidalgo negeri di tengah negara itu dan Michoacan di barat negara itu.

Pihak berkuasa negeri Mexico berkata, 161 orang, termasuk 35 kanak-kanak ditahan kerana mencuri dan memecah masuk kedai. Agensi

Keputusan kerajaan Saudi untuk mengenakan bayaran visa sebanyak SR2,000 (RM2,400) terhadap jemaah umrah yang melakukan ibadah itu lebih daripada sekali setakat ini dilihat tidak menjejaska­n kedatangan jemaah ke Makkah, namun ramai jemaah dan syarikat yang mengendali­kan jemaah meminta pihak berkuasa negara itu mengkaji semula keputusann­ya.

“Ia tamparan kepada syarikat umrah. Kami sukar mendapat jemaah kerana bayaran baru itu. Ia meningkatk­an kos untuk melakukan umrah kepada Rs36,000 (RM2,400),” kata seorang ejen perkhidmat­an ibadah itu dari Kerala, India.

Dia berharap sangat kerajaan Saudi akan mengkaji semula keputusan itu bagi kebaikan semua pihak, termasuk peniaga tempatan.

Seorang jemaah warga emas dari Afrika Selatan yang memperkena­lkan dirinya sebagai Mohammed mengakui Arab Saudi mempunyai hak untuk mengenakan bayaran terhadap jemaah. Tetapi, menurutnya, bayaran visa yang dikenakan itu terlalu tinggi. Mungkin SR500 (RM600) sudah berpatutan.

Seorang jemaah Malaysia, Zainul Abideen yang ditemui wartawan Saudi Gazette di Masjidilha­ram pula

 ??  ?? ORANG ramai berebut mengambil permainan selepas mereka menjarah sebuah premis perniagaan di Mexico City, semalam, berikutan tunjuk perasaan membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. - AFP
ORANG ramai berebut mengambil permainan selepas mereka menjarah sebuah premis perniagaan di Mexico City, semalam, berikutan tunjuk perasaan membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia