Harian Metro

SIVASANGAR­I PACU CABARAN NEGARA

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Empat wakil negara menghidupk­an peluang untuk bergelar juara apabila mara ke separuh akhir kejohanan skuasy

Terbuka

Remaja

British selepas hasrat Aifa Azman untuk mempertaha­nkan gelaran kategori Bawah 15 Tahun yang dimenangin­ya tahun lalu tidak kesampaian.

Aifa yang beraksi dalam kategori B-17 kali ini tewas di tangan Elise Lazarus dari England 6-11, 10-12, 9-12 pada suku akhir.

Cabaran negara kini digalas S Sivasangar­i yang mengetuai saingan B-19 diikuti Jessica Keng dan Duncan Lee B-15 serta adik

Aifa, Aira Azman

„ Jessica, Duncan, Aira turut ke separuh akhir

B-13.

Beraksi menentang rakan senegara Andrea Lee, Sivasangar­i bagaimanap­un diberi tentangan sengit sebelum menang 11-9, 11-5, 9-11, 11-7 dalam masa 45 minit sekali gus menghidupk­an peluang menambah koleksi kejuaraan di Terbuka Remaja British selepas muncul juara B-15 pada 2014.

“Saya beraksi dengan baik hari ini. Tapi saya tahu perlawanan ini sukar kerana kami sudah lama tidak bertemu antara satu sama lain,” katanya.

Pemain berusia 17 tahun itu akan bertemu pilihan kelima dari Mesir, Zenia Mickawy yang mengejutka­n pilihan kedua iaitu rakan senegarany­a Amina Yousry 11-7, 11-6, 9-11, 6-11, 12-10.

“Menentang Zenia bukan mudah selepas melihat dia menewaskan Amina. Pastinya dia kini berada di prestasi terbaik,” kata Sivasangar­i dengan rekod pertemuan memihak kepada Zenia 1-0.

Sementara itu pemain dari Sabah, Jessica meneruskan aksi konsisten apabila berjaya menewaskan Nour Ibrahim dari Mesir 11-9, 11-4, 11-5 dalam tempoh 23 minit.

Selepas pilihan utama Marina Stefano dikejutkan di suku akhir, peluang Jessica untuk bergelar juara kini terbuka sekiranya dia berjaya menewaskan wakil Mesir, Farida Ahmed pada separuh akhir.

Bagi kategori B-13 Aira menempah tempat ke separuh akhir selepas menang ke atas pemain England Torrie Malik 12-10, 11-4, 11-7.

Manakala Duncan menewaskan pilihan kedua dari Mesir Karim El Barbary

10-12, 11-5, 12-10,

11-9 dalam masa

46 minit.

 ??  ?? SIVASANGAR­I (kanan) atasi cabaran rakan senegara.
SIVASANGAR­I (kanan) atasi cabaran rakan senegara.
 ??  ?? JESSICA
JESSICA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia