Harian Metro

MPTI dominasi takraw Sirkit 1 Hilir Perak

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi sukan@hmetro.com.my Ravale Savarinath­an sukan@hmetro.com.my

Kira-kira 1,000 peserta bermandi peluh selepas menyahut cabaran menyertai larian Silver Youth Fun Run 2017 yang dianjurkan Majlis Belia Dae rah Kerian dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, baru-baru ini.

Dalam program larian sejauh 6 kilometer itu, semua peserta pelbagai peringkat usia berjaya menamatkan larian dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang masalah kecederaan.

Pengerusi Majlis Belia Daerah, Nazirul Jamaludin berkata, penganjura­n Fun Run yang diadakan itu kali pertama dianjurkan pihaknya di Bagan Serai dan tidak menjangka mendapat sambutan menggalakk­an.

Katanya, larian itu sebenarnya lebih menjurus mengajak orang ramai ke arah mengutamak­an kecergasan dan kesihatan di sambing dapat menghindar­i sebarang penyakit dengan cara bersenam dan bersukan.

“Larian ini bertujuan menguji kekuatan mental peserta di samping dapat menyahut seruan kerajaan dalam mengamalka­n gaya hidup sihat dengan bersukan tambahan pula ia diraikan sempena sambutan Tahun Baru masih terasa.

“Di sepanjang laluan larian itu, rasa letih peserta sedikit terubat dengan pemandanga­n suasana pagi di kampung di sini yang terdapat sawah padi dan kebun kelapa sawit.

“Selain itu peserta turut disediakan minuman bertenaga 100 Plus berserta air mineral di perhentian yang disediakan berhampira­n Masjid Matang Jelutung, di sini, bagi menghilang­kan lelah dan dahaga,” katanya.

Menurutnya, semua peserta yang menamatkan larian dihadiahka­n dengan pingat dan lebih menceriaka­n peserta apabila pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan penganjur.

Nazirul berkata, aktiviti seperti itu akan diteruskan dan kemungkina­n dijadikan acara tahunan bagi melahirkan rakyat daerah Kerian yang cergas, sihat dan berwawasan.

Dalam larian itu, pasangan suami isteri Roshaniza Roslan, 26, dan Mohd Faizul Mat Nordin, 29, bersama bayi mereka Muhammad Al-Fateh, 9 bulan, mencuri tumpuan apabila turut menjadi peserta yang berjaya menamatkan larian.

Turut hadir, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mua’ammar Ghadafi Jamal Jamaludin, Presiden Majlis Belia Perak, Hasnul Fairuz Hushin Amri, Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri, ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Serai, Zarina Abdol Majid. Teluk Intan: Majlis Perbandara­n Teluk Intan (MPTI) menyapu bersih Kejohanan Sepak Takraw Sirkit 1 Tertutup Hilir Perak merebut Piala Datuk Seri Mah Siew Keong apabila berjaya muncul juara dan naib juara di Arena Square, baru-baru ini.

Regu MPTI A, yang diwakili Jamsari Shamsuddin, Faris Syahmi dan Shahrizal berjaya mengalahka­n Regu B yang diwakili Rohainizam, Zainal Huri dan Fira Fizan untuk membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing RM500 untuk juara dan RM300 untuk naib juara serta piala.

Tempat ketiga dimenangi regu Polis B manakala regu Kunci Air 4A pula terpaksa berpuas hati di tempat keempat untuk masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM100.

Presiden Persatuan Sepaktakra­w Daerah Hilir Perak, Mohd Sabar Mohd Ghani berkata, kejohanan anjuran persatuan itu dengan kerjasama MPTI berjaya menarik sebanyak 28 regu dari sekitar daerah Hilir Perak.

Menurut Sabar, kejohanan itu berjaya mencapai matlamat asal iaitu untuk memajukan serta mempopular­kan sukan sepak takraw di samping dijadikan medan untuk mencungkil bakat baru.

“Selain mempergiat­kan sukan sepak takraw domestik, kami juga berjaya memberi pendedahan kepada pengadil baru,” ujarnya.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Siew Keong. Turut hadir Yang Dipertua MPTI, Azizan Abd Muin.

„ 1,000 peserta jayakan larian Silver Youth Fun Run 2017

 ??  ?? PESERTA memanaskan badan sebelum larian.
PASANGAN suami isteri bersama anak kecil berjaya menamatkan larian.
PESERTA memanaskan badan sebelum larian. PASANGAN suami isteri bersama anak kecil berjaya menamatkan larian.
 ??  ?? SIEW Keong (dua dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada regu MPTI A.
SIEW Keong (dua dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada regu MPTI A.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia