Harian Metro

Rodriguez buat Zidane ceria

- AFP

„ Bintang Colombia bantu Real hampiri suku akhir Piala Raja Sepanyol selepas benam Sevilla

Zinedine Zidane menyambut ulang tahun pertamanya selaku pengurus Real Madrid dengan penuh bergaya apabila James Rodriguez meledak dua gol bagi membantu juara Eropah itu menghampir­i suku akhir Piala Raja Sepanyol selepas menang

3-0 ke atas

Sevilla pada perlawanan pertama kelompok 16 pasukan terakhir.

Ketiadaan Cristiano Ronaldo jelas tidak dirasai Real yang kini mencatat 38 kemenangan dalam semua perlawanan ketika Rodriguez mengambil sepenuh peluang untuk meledak gol kemenangan menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-10.

Raphael Varane menanduk masuk gol kedua dan Rodriguez menambah gol ketiga Real selepas menyempurn­akan penalti sebelum tamat babak pertama.

“Sepanjang

45 minit pertama, pemain saya beraksi cemerlang dan boleh dikatakan

bar)

(gam-

hampir sempurna,” kata Zidane.

Jumlah jaringan itu boleh dikatakan selesa buat Real menjelang perlawanan timbal balik minggu depan dan mereka kelihatan tidak terganggu walaupun terpaksa bermain 21 kali dalam tempoh 11 minggu.

Madrid memulakan perlawanan tanpa khidmat tiga penggempur utama buat kali kedua. Karim Benzema disenaraik­an selaku pemain simpanan manakala Ronaldo direhatkan sambil Gareth Bale diketepika­n akibat kecederaan buku lali.

Walaupun berehat panjang selepas menamatkan aksi Piala Kelab Dunia di Jepun, Real tetap mampu bermula dengan baik.

“Kami memiliki skuad yang hebat dan pemain gembira melihat rakan mereka yang selama ini jarang diturunkan, diberi peluang untuk bermain,” kata Zidane.

“Kami masih kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan. Kami tidak mampu mengubahny­a tapi tempat mereka berjaya dipikul pemain lain dan ia membuatkan jurulatih gembira.”

 ??  ?? RODRIGUEZ (kiri) meraikan jaringan bersama Varane.
RODRIGUEZ (kiri) meraikan jaringan bersama Varane.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia