Harian Metro

Conte gesa anak buah bangkit semula

- AFP

Pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino percaya anak buahnya mempamer semangat juang yang tinggi untuk menjulang Liga Perdana Inggeris musim ini selepas mereka menamatkan catatan 13 kemenangan yang dilakar Chelsea.

Chelsea cuba memburu gelaran selaku pasukan pertama menang 14 perlawanan liga utama Inggeris secara berturut-turut semusim tetapi dua tandukan Dele Alli mengakibat­kan Blues tewas 0-2 di White Hart Lane, awal pagi semalam.

Spurs melonjak ke tangga ketiga liga dan walaupun mengekori Chelsea dengan tujuh mata, Pochettino percaya mereka bukan lagi pasukan sama yang tewas di tangan Leicester City ketika perebutan gelaran musim lalu.

“Saya rasa agak sukar untuk menerangka­n mengapa kami gagal menjulang trofi musim lalu,” katanya.

“Dalam sesetengah perlawanan, ada kalanya kami kehilangan semangat juang seperti apa yang kami pamerkan hari ini. Bagi saya, apa yang dimaksudka­n dengan semangat juang ialah persembaha­n kami hari ini. Kerja keras dan semangat melawan kami sangat baik.

“Anda perlu bermain, mengalami kesukaran, melawan. Ada kalanya anda perlu membiarkan London: Pengurus Chelsea Antonio Conte enggan bercakap soal kekalahan 0-2 di tangan Tottenham Hotspur yang menjejaska­n peluang untuk melakar rekod baharu sebaliknya beliau mahu anak buahnya bangkit dan mengukuhka­n kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana.

Dua tandukan Dele Alli meleburkan impian Chelsea untuk memenangi perlawanan ke-14 berturut-turut dalam kempen Liga Perdana.

Conte bagaimanap­un berkata, kekalahan itu berbeza dengan keputusan 0-3 yang mereka terima di Arsenal pada 24 September lalu apabila mereka bangkit dengan memenangi semua perlawanan selepas kekecewaan itu.

“Kami kecewa tapi pada masa sama, kami juga harus bangga kerana berjaya memenangi 13 perlawanan berturut-turut kerana ia bukan mudah untuk dilakukan di liga ini,” kata Conte.

“Tapi kekalahan ini berbeza berbanding apa yang kami terima September lalu kerana kami berjaya membuktika­n beraksi sebagai satu pasukan.

“Ketika menentang Arsenal,

Spurs tamatkan catatan 13 kemenangan Chelsea, Pochettino puji aksi anak buah

kami tidak bermain sebagai satu pasukan tapi hari ini kami berjaya melakukann­ya.”

Chelsea mungkin memiliki kelebihan lapan mata di persada Liga Perdana jika menang di White Hart Lane buat kali pertama sejak 2012 dan walaupun kelebihan lima mata masih lagi kukuh berbanding musuh terdekat Liverpool, Conte percaya saingan untuk memburu gelaran sudah semakin terbuka.

“Hari ini kami tewas di tangan pasukan yang hebat, kuat dan jangan lupa Tottenham bersaing untuk memburu ge- laran musim lalu,” kata Conte. “Mereka sudah meningkat dan mereka antara enam pasukan yang mampu menjulang gelaran musim ini.

“Kami berada di persada liga kerana kami berusaha keras untuk memperoleh kedudukan ini tapi liga ini amat sengit dan kami perlu terus berusaha.” - Reuters

 ??  ?? CONTE ada ramuan tersendiri susun strategi Chelsea.
CONTE ada ramuan tersendiri susun strategi Chelsea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia