Harian Metro

Toure mahu rakan ceriakan Guardiola

-

London: Yaya Toure mencabar pemain Manchester City untuk kembali membuatkan pengurus mereka Pep Guardiola tersenyum dan kenyataan pemain itu hadir menjelang aksi pusingan ketiga Piala FA di West Ham, awal pagi esok.

Angin Guardiola tidak baik walaupun anak buahnya menang 2-1 ke atas Burnley, Isnin lalu dan beliau menyalahka­n pegawai perlawanan yang didakwa berlaku tidak adil terhadap pemainnya.

Ia sekali gus menambahka­n lagi andaian yang menyebut beliau mungkin tidak lama di arena bola sepak Inggeris dan Guardiola sendiri pernah menyatakan beliau tidak mungkin melanjutka­n kontrak samasanya. Walaupun Guardiola memenangi pelbagai kejuaraan sepanjang bersama Barcelona dan Bayern Munich, keadaan tidak lagi sama di City kerana setidak-tidaknya dua kelab itu boleh dikatakan pasti menjulang trofi.

Dalam saingan Liga Perdana, sebagai contoh pasukan seperti Leicester City turut berpeluang muncul juara musim lalu dan keadaan itu tidak akan dapat ditemui di Sepanyol atau Jerman.

Ketika masih terlalu awal untuk menyatakan falsafah bola sepak Guardiola tidak menjadi di England, beliau kelihatan seolah-olah sudah hilang idea untuk meletakkan City kembali ke landasan kemenangan.

Pemain tengah City Toure yang kembali disenaraik­an selepas bertelagah dengan Guardiola awal musim ini, percaya jalan penyelesai­an kepada masalah yang mereka hadapi ketika ini ialah dengan bermain lebih baik.

“Ketika ini kami tidak berada pada tahap terbaik dan perlu menghasilk­an keputusan positif,” kata Toure. - AFP

 ??  ?? ALLI (kanan) jaring dua gol menerusi tandukan.
TOURE (kanan) tenangkan Guardiola.
ALLI (kanan) jaring dua gol menerusi tandukan. TOURE (kanan) tenangkan Guardiola.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia