Harian Metro

CETUS IMPAK POSITIF

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

„ Kejayaan Faiz diharap mampu beri semangat baharu kepada bola sepak Malaysia

Ketika skuad Harimau Malaysia bergelut dengan prestasi di pentas antarabang­sa manakala liga domestik pula dihimpit dengan pelbagai masalah untuk bergerak ke depan, pencapaian penyerang Faiz Subri mungkin mampu memberi sinar kepada arena bola sepak tanah air.

Menurut bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, kejayaan Faiz, 29, yang menjadi finalis anugerah Puskas 2016 memberikan petanda pemain tempatan tidak seteruk yang disangka.

“Faiz sudah membuktika­n pemain kita juga memiliki kemahiran setanding dengan pemain luar negara. Belum ada lagi pemain dari Asia yang melakukann­ya (calon akhir anugerah Puskas) jadi sudah pasti rakyat Malaysia berbangga.

“Sama ada Faiz menang atau tidak anugerah itu nanti tidak penting kerana dia sudah mencipta sejarah tersendiri tapi kita pasti mengharapk­an dia akan menang untuk memberikan semangat baru kepada bola sepak tanah air yang sudah lama menantikan kejayaan di peringkat antarabang­sa.

“Biarpun ini kejayaan individu dan bukan pasukan, namun ia bakal menjadi permulaan baik bagi tahun 2017 untuk semua pihak memacu ke arah lebih baik bukan saja bagi skuad kebangsaan malah Liga Malaysia,” kata bekas pengurus Perak itu kepada Arena Metro semalam.

Faiz mencipta sejarah baru bola sepak tanah air apabila gol menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika bertemu

Pahang dalam saingan

Liga Super di Stadium

Bandaraya pada 16

Februari lalu berjaya dicalonkan dalam anugerah

Puskas tahun ini.

Gol pada minit ke-62 itu yang dikatakan ‘melanggar hukum fizik’ berjaya mencuri perhatian serata dunia selepas menjadi viral di laman sosial.

Berdasarka­n undian peminat, Faiz berjaya berada dalam senarai tiga terakhir bersama pemain Brazil Marlone dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) untuk merebut anugerah Puskas pada majlis Anugerah Terbaik FIFA di Zurich, Switzerlan­d, awal pagi Selasa ini.

“Saya mengingatk­an kepada Faiz supaya tidak hilang pertimbang­an jika menang anugerah itu nanti tapi jadikan kejayaan itu untuk dia mempamerka­n prestasi lebih baik,” kata Raja Ahmad. Georgetown: Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) akan mengadakan majlis khas buat Faiz Subri di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, esok.

Pengurus pasukan Zairil Khir Johari berkata, majlis pelepasan khas buat pemain tengah menyerang itu diadakan sebagai tanda sokongan tidak berbelah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia