Harian Metro

Asah taring

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kecewa dengan aksinya pada Piala AFF di Myanmar dua bulan lalu, Safee Sali mengakui ia antara punca mengapa dia memilih untuk mencari haluan berbeza dengan menyertai PKNS FC selepas meninggalk­an Johor Darul Ta’zim (Johor DT) musim ini.

Katanya, dia bertekad untuk mengasah kembali sentuhan tajamnya di kelab baharunya itu seperti yang pernah dirasakann­ya ketika muncul penjaring terbanyak Piala AFF 2010.

“Saya akui kecewa gagal berada dalam kesebelasa­n utama skuad kebangsaan sebelum ini menjadi faktor penghijrah­an saya ke PKNS.

“Apa yang saya boleh lakukan kini adalah mendapatka­n kembali rentak dan prestasi kerana saya percaya saya masih lagi boleh diharapkan,” katanya ketika ditemui pada aksi persahabat­an pramusim menentang Kuala Lumpur yang menyaksika­n PKNS menang 1-0.

Pada kempen Piala AFF baru-baru ini, bekas penyerang Pelita Jaya dalam Liga Indonesia itu hanya berjaya membuat dua penampilan selaku pemain gantian dalam tiga aksi yang menyaksika­n skuad negara terkandas di peringkat kumpulan.

Jelasnya lagi, meraih tujuh kejuaraan dalam tempoh empat musim selama bersama Johor DT nyata cukup mematangka­nnya apabila bersedia mencurahka­n segala pengalaman untuk membantu skuad Semut Merah pula selepas ini.

Meskipun sering memanaskan bangku simpanan dengan dibayangi dua penggempur import Johor DT seperti Luciano Figueroa (musim 2015), Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero (kedua-duanya musim lalu), Safee langsung tidak kesal dengan situasi itu.

“Mungkin minit bermain saya agak terbatas. Bagaimanap­un secara keseluruha­n, saya tidak menyesal kerana saya menjulang banyak piala bersama Johor DT selain pihak pengurusan di sana juga sangat profesiona­l dan saya amat berbesar hati.“Kini saya bersama dengan kelab baharu dan masih dalam fasa menyesuaik­an diri dengan corak yang diterapkan jurulatih (E Elavarasan) selain mahu membentuk keserasian dengan rakan sepasukan,” katanya.

„ Safee yakin PKNS mampu kembalikan sentuhan penyudah

 ??  ?? SAFEE (kanan) sedia curah segala pengalaman bantu Semut Merah.
SAFEE (kanan) sedia curah segala pengalaman bantu Semut Merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia