Harian Metro

‘SEMUA BOLEH SELESAI’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

„ Mokhtar enggan keruh keadaan, yakin baki kontrak Zainal mampu dilunaskan

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak mengenai tuntutan baki kontrak bekas jurulatih Zainal Abidin Hassan sebaliknya isu itu akan dibincangk­an dalam mesyuarat Exco FAS minggu depan.

Biarpun tidak menjelaska­n pihak mana yang sepatutnya melangsaik­an bayaran pampasan itu yang difahamkan berjumlah hampir RM900,000 berdasarka­n baki kontrak hingga November 2017, beliau yakin masalah itu boleh diselesaik­an.

“Berhubung status tuntutan Zainal ia mungkin akan dibincangk­an dalam mesyuarat Exco FAS yang dijangka akan diadakan minggu depan. Apa-apa perkara yang rumit haruslah dibincangk­an dalam mesyuarat,

Lumpur: “FELDA United ada menghantar surat kepada saya menerangka­n kedudukan dia (Rizal Ghazali), namun sekadar serahkan surat saja tidak cukup untuk membawa kes berkenaan.”

Itu penjelasan Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Status Pemain Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin meminta FELDA mengemukak­an kami mahu meredakan keadaan.

“Saya tidak boleh memberikan jawapan kerana perkara ini harus dibincangk­an bersama ahli Exco FAS,” katanya.

Tidak reda dengan isu ketiadaan dana bagi skuad Red Giants musim ini, FAS sekali lagi dhimpit kontrovers­i apabila Zainal yang dipecat pada 6 Ogos lalu tampil mendedahka­n mengenai masalah bayaran baki kontraknya kelmarin.

Arena Metro melaporkan, Zainal tidak menerima bayaran baki kontrak penuh seperti yang dijanjikan sebaliknya masih menerima bayaran gaji bulanan hingga Oktober lalu.

Apa yang mencetuska­n tanda tanya buat pengendali berusia 55 tahun itu apabila hingga kini beliau masih belum menerima surat rasmi penamatan kontrak selepas dipecat menerusi mesej khidmat pesanan ringkas daripada Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 6 Ogos disusuli kenyataan media oleh bekas pengurus Amirudin Shari sehari selepas itu.

Ketika ditanya adakah pihak yang bertanggun­gjawab yang membawa masuk dan memecat Zainal iaitu Azmin dan Amirudin yang seharusnya menyelesai­kan masalah bayaran itu, Mokhtar enggan memberikan penjelasan.

“Saya tidak boleh komen mengenai hal itu. Ini kerana kami tidak mahu mengeruhka­n lagi keadaan. FAS berusaha untuk mencari jalan penyelesai­an, bukannya mahu menambahka­n lagi masalah,” katanya.

 ??  ?? MOKHTAR (duduk, dua kanan) enggan komen mengenai status Zainal.
MOKHTAR (duduk, dua kanan) enggan komen mengenai status Zainal.
 ??  ?? RIZAL
RIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia