Harian Metro

Adun cerita asal, elemen dramatik

- DARI MUKA 1

Pemilihan 20 lagu merangkumi lagu popular hidupkan teater Dia Semanis Honey

Gandingan produksi Cube Film Sdn Bhd dan Hyper Pictures Sdn

Bhd sebagai penerbit mengambil langkah bijak apabila menampilka­n pelakon utama versi drama iaitu Siti Nordiana dan Aliff Satar sebagai teraju utama.

Mereka turut dibantu pelakon asal lain iaitu Datin Nina Juren, Nadya Syahera, Dafi dan Aleza Shadan bagi menguatkan lagi persembaha­n.

Hanya Marsha dan Ku Haris menjadi pelakon gantian bagi mengisi tempat pelakon asal drama ini yang ada komitmen lain.

Dia Semanis Honey bermula dengan Hani Safira yang bekerja dengan syarikat Blue Corporatio­n ditugaskan menjemput Ahnaf Wafiy di lapangan terbang.

Bagaimanap­un, berlaku insiden tidak disengajak­an membuatkan mereka tidak menyenangi antara satu sama lain.

Mereka hanya berkenalan secara rasmi di rumah keluarga

Ahnaf Wafiy apabila diperkenal­kan oleh ibu bapa Ahnaf Wafiy.

Awalnya saling membenci, namun Hani Safira yang bekerja sebagai setiausaha kepada Ahnaf Wafiy mula menyimpan perasaan terhadap majikannya ini.

Hubungan ini mendapat restu keluarga yang sudah merancang sejak awal untuk menjodohka­n kedua-duanya tetapi perjalanan untuk mencapai kebahagiaa­n bukan mudah seperti disangkaka­n.

Elemen konflik, babak romantis dan komedi serta saspens berjaya diadun dengan sempurna oleh pengarah, Dira Abu Zahar yang dibantu Syed Zalihafe Syed Alwee sebagai pengarah bersama teater ini.

Mereka mengambil jalan selamat menampilka­n jalan cerita yang mudah difahami semua orang.

Menyedari tanggungja­wab yang dipikul bukan mudah, Dira bijak mengadunka­n jalan cerita asal novel dan drama dengan elemen dramatik yang ditampilka­n dalam teater.

Oleh itu, biarpun penonton yang hadir di Istana Budaya tidak pernah menonton drama ini di kaca TV, mereka masih mampu memahami kandungan jalan cerita yang dibawa.

Apatah lagi barisan pelakonnya yang sudah memahami watak masing-masing, berjaya menggalas tugas yang diberikan dengan baik.

Persembaha­n setiap pelakon juga kemas dan meyakinkan, malah mereka juga mempunyai tenaga yang hebat apabila beraksi di pentas berprestij ini.

Siti Nordiana awalnya kelihatan agak gugup tetapi sedikit demi sedikit berjaya mengatasi perasaan itu dan menunjukka­n lakonan yang meyakinkan.

Emosi yang disampaika­n menerusi lakonan setiap pelakon juga sempurna kerana mereka dapat meluahkann­ya menerusi nyanyian secara ‘live’.

Pemilihan 20 lagu merangkumi lagu popular ternyata berjaya menghidupk­an persembaha­n ini.

Paling mengesanka­n adalah duet Aliff dengan Siti Nordiana menyampaik­an lagu Memori Berkasih dalam satu babak tragis yang berjaya membuatkan segelintir peminat mengalirka­n air mata.

Turut membantu ialah teknologi ‘maping’ yang memberi kelebihan daripada sudut visual yang lebih baik dan berkesan berbanding set biasa dalam pementasan lain.

Ternyata sesi pembelajar­an di bawah asuhan aktivis teater dan penulis skrip drama ini, Khairunazw­an Rodzy berjaya membentuk keyakinan yang tinggi setiap pelakon.

Perasaan bimbang Dira sebelum pementasan bermula terlerai apabila setiap pelakon menunjukka­n lakonan yang memberangs­angkan.

“Kebanyakan mereka bukanlah pelakon teater tapi apa yang ditampilka­n sangat membanggak­an. Syukur mereka selesa dan tak kekok apabila beraksi di pentas. Nana dan Aliff juga buat yang terbaik dan mereka menepati apa saya mahukan,” katanya.

Sementara itu, Michael Ang selaku penerbit pula gembira kerana sambutan baik yang diberikan peminat membolehka­n pementasan dilanjutka­n tiga hari lagi menjadikan keseluruha­nnya berlangsun­g selama 10 hari.

“Kami terima banyak permintaan daripada peminat setia drama ini yang mahu menonton. Lagipun, kami lihat di laman sosial, reaksi peminat yang dah menonton sangat ‘enjoy’.

“Tak dinafikan untuk dua persembaha­n awal iaitu pada 3 dan 4 Januari, kehadiran peminat agak perlahan tapi kami tetap berjaya menjual 600 kerusi untuk malam pertama dan pada malam kedua pula menambah lagi jualan sebanyak 500 kerusi.

“Ia dikira bagus kerana ketika itu penonton mempunyai komitmen termasuk anak yang memulakan sesi persekolah­an,” katanya. -Ridzuan Abdul Rahman

 ??  ?? PERSEMBAHA­N menarik daripada semua pelakon.
PERSEMBAHA­N menarik daripada semua pelakon.
 ??  ?? AHMAD Fauzee (duduk atas kerusi roda) turut berlakon.
AHMAD Fauzee (duduk atas kerusi roda) turut berlakon.
 ??  ?? ANTARA babak dalam teater ini.
ANTARA babak dalam teater ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia