Harian Metro

Tindakan suka-suka tetap bahaya

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

3 artis ulas perbuatan sekumpulan anak muda memanjat mercu tanda ‘IPOH’

Aksi sekumpulan remaja yang memanjat mercu tanda ‘IPOH’ di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak, barubaru ini menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Selain dikecam netizen, ramai juga yang kagum dengan keberanian mereka melakukan perkara itu tanpa menggunaka­n sebarang peralatan keselamata­n.

Bagaimanap­un, mereka yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 24 tahun itu tampil memohon maaf dan menyatakan kekesalan mereka, kelmarin.

Biarpun semua yang terbabit berhasrat memohon maaf lebih awal sebaik mengetahui gambar dan video mereka menjadi viral, tidak berpeluang berbuat demikian selepas dikecam hebat oleh netizen.

RAP mendapatka­n komen tiga anak seni iaitu pelakon popular Ayda Jebat, Hefny Sahad dan ikon media sosial, Faiz Dickie untuk bertanya pendapat dan tindakan yang dilakukan kumpulan terbabit.

FAIZ DICKIE

“Walaupun niat mereka sekadar suka-suka dan hanya mengejar cabaran, tindakan mereka dilihat sebagai sesuatu yang sia-sia dan membahayak­an.

“Mereka bukan saja menceroboh kawasan terbabit yang sememangny­a salah di sisi undang-undang, malah mereka juga tidak mengambil kira sebarang faktor keselamata­n terhadap diri sendiri dan orang lain.

“Namun, mereka membuat keputusan bijak dengan menyerah diri kepada pihak berkuasa dan membuat permohonan maaf atas tindakan berkenaan selepas perkara itu menjadi tular di laman sosial,” katanya.

AYDA JEBAT

“Saya berharap masyarakat tidak terus menghentam mereka kerana mereka sudah menyatakan kekesalan serta kekhilafan.

“Walaupun tindakan itu satu kesalahan tetapi niat mereka semata-mata kerana minat. Biasalah jiwa dan darah muda pasti mahu mencuba sesuatu perkara baru tetapi saya berharap pada masa mendatang ia disalurkan dengan cara yang positif di tempat yang betul supaya tidak membahayak­an diri.

“Nasihat ini juga saya sarankan kepada kumpulan lain yang ingin mencuba aktiviti lasak sebegini.

“Tidak dinafikan, tujuan mereka ke sana seolah-olah mahu menghantar nyawa kerana kawasan terbabit adalah tempat larangan. Diharap semua pihak memainkan peranan supaya kejadian ini tidak berlaku lagi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia