Harian Metro

Search Teguh selepas 35 tahun

- Sharrul Rizal Hashim am@hmetro.com.my

Selepas sekian lama berjuang dalam industri muzik, akhirnya nama Search menjadi satu institusi dan jenama yang kukuh dalam arena muzik Malaysia, malah menjangkau ke peringkat serantau 2 konsert khas di Kota Bharu, Alor Setar dengan persembaha­n cukup mantap

hilangkan ‘mood’ kecewa penonton

Mengikut perancanga­n, Search sepatutnya meraikan ulang tahun ke-35 dengan mengadakan konsert berskala besar tahun lalu. Namun, semua perancanga­n itu musnah akibat konflik yang melanda mereka.

Ketika itu, banyak khabar angin dan tohmahan yang mereka terima sehingga moral dan semangat Search ang kini dianggotai my (penyanyi), Nasir (bass), Din (gitar) dan Kid (gitar) jatuh sama sekali. Mereka dikecam netizen dan lebih malang terdapat segelintir peminat setia turut sama mengambil peluang mengutuk serta mempersoal­kan kredibilit­i mereka.

Apa yang pasti, selepas mengharung­i perjuangan dalam bidang seni selama 35 tahun, tahun 2016 yang sepatutnya diraikan penuh gemilang akhirnya menjadi sejarah hitam buat empat sahabat ini.

Bagaimanap­un, ketika peminat mereka masih dalam ‘mood’ kecewa berikutan konflik terbabit, Search tibatiba mengumumka­n akan tampil dengan dua konsert khas di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah, barubaru ini.

Paling menarik, konsert yang dibawa oleh Artist’s Colony dan Decode itu diadakan secara percuma!

Pemilihan lokasi di luar Lembah Klang menjadikan konsert ini ditunggu-tunggu peminat di kedua-dua negeri terbabit.

Kali terakhir Search mengadakan konsert di

Kota Bharu pada tahun 2010, manakala konsert terakhir di Alor Setar kira-kira 25 tahun lalu.

Konsert percuma di dua lokasi itu menjadi tanda kebangkita­n semula Search untuk meneruskan perjuangan sebagai ikon legenda rock Malaysia.

Seperti dijangka, lebih 2,000 penonton memenuhi ruang Grand Ballroom,

Hotel Renaissanc­e di Kota Bharu pada 24 Disember lalu, manakala lebih 3,000 penonton berasak-asak dalam konsert di Hotel Grand Alora, Alor Setar seminggu selepas itu.

Menurut Nasir, dia bersyukur kerana dalam tempoh 35 tahun Search terus diterima baik peminat daripada pelbagai peringkat umur.

Bagi Nasir, muzik sudah menjadi darah daging setiap anggota Search.

“Selepas sekian lama berjuang dalam industri muzik, akhirnya nama Search menjadi satu institusi dan jenama yang kukuh dalam arena muzik Malaysia, malah menjangkau ke peringkat serantau.

“Saya berharap band baru yang muncul dapat mengambil iktibar dan panduan apa yang sudah dilalui Search untuk terus berjuang dan mempertaha­nkan irama muzik mereka,” katanya.

Nasir berkata, tiada jalan pintas untuk bertahan dan berjaya. Setiap artis perlu mencari identiti dan gaya tersendiri tanpa perlu meniru orang lain.

“Apa yang penting jadilah diri sendiri,” katanya.

SEARCH ‘KEMAS’ DI KOTA BHARU

Seawal jam 7 malam, peminat sudah mula membanjiri pekarangan Hotel Renaissanc­e di

Kota Bharu sekali gus menunjukka­n kehadiran Search sememangny­a dinanti-nantikan.

Search muncul di pentas kira-kira jam 10 malam selepas persembaha­n Monoloque dan sebuah kumpulan buskers tempatan.

‘Intro’ lagu Langit &

Bumi memadam keresahan penonton malam itu sebelum Search meneruskan momentum persembaha­n dengan lagu Pelesit Kota sekali gus menjadikan penonton semakin ‘menggila’!

Bezanya di Kota Bharu ialah Search tampil dengan pakaian agak kemas berbanding gaya ‘biasa’ mereka sebelum ini.

Selain itu, Search turut memainkan dua lagu daripada album solo Amy iaitu Tiada Lagi dan Kerja Gila.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia