Harian Metro

Mahu bentuk badan asal

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Eira ke Jakarta promosi single berjudul Takut Kehilangan

Gembira menyambut kehadiran anak kedua pada 31 Disember lalu, pelakon Eira Syazira mengakui perlu menjaga pantang dengan betul berikutan dia akan kembali aktif dengan single kedua selepas ini.

Bakal ke Jakarta, Indonesia bagi mengadakan promosi single berjudul Takut Kehilangan ciptaan komposer Ayat, Eira perlu memastikan bentuk badannya kembali asal.

“Alhamdulil­lah saya sudah boleh pulang ke rumah selepas empat hari melahirkan bayi perempuan bernama Ameisya Leann Rose Azad secara pembedahan.

“Tiada beza kelahiran kedua dengan yang pertama kerana keduaduany­a lahir dalam keadaan saiz besar.

“Namun saya bersyukur semuanya berada dalam keadaan baik. Sekarang saya perlu menjalani proses berpantang dengan betul,” katanya.

Sangat menitikber­atkan soal kesihatan, Eira yang juga isteri pelakon Azad Jasmin mengakui begitu menjaga pantang seperti yang dilakukan orang dulu-dulu.

Baginya, tiada istilah pantang dua minggu atau sebulan sudah boleh keluar rumah. Pantang 44 hari perlu dilakukan bagi menjaga kesihatan luar dan dalamannya.

“Saya seorang yang berdisipli­n dalam tempoh berpantang. Apatah lagi arwah emak dan mentua begitu mengambil berat soal ini kerana itulah saya tidak boleh main-main.

“Kebetulan pula habis saja pantang saya perlu ke Jakarta untuk mengadakan promosi single kedua dan ini memerlukan saya bersiap sedia baik daripada segi penampilan serta kesihatan,” katanya.

Berkongsi mengenai singlenya itu, Eira yang menandatan­gani kontrak bersama pengurusan Positif Art berkata, ketika dia sibuk mengadakan promosi single pertama tahun lalu dia disahkan hamil.

Bagi memudahkan urusan kerja, Eira merakam lebih awal single keduanya itu ketika usia kandungan tujuh bulan.

“Syukur pengurusan memahami keadaan saya. Apabila dapat tahu saya hamil mereka beri peluang untuk berehat dan fokus pada kandungan.

“Saya juga sudah merakam lebih awal single kedua ini jadi ia lebih memudahkan kerja. Selesai saja pantang saya akan memulakan promosi single ini di seluruh pelosok Indonesia.

“Sekurang-kurangnya promosi ini akan mengambil masa sehingga enam bulan,” katanya.

Berikutan itu, Eira bercadang membawa kedua-dua anaknya ke sana.

“Pastinya saya sedih kerana baru saja melahirkan terpaksa meninggalk­an anak dengan mentua. Namun saya akan berbincang dengan pengurusan untuk melihat keadaan dulu. Mungkin untuk tiga bulan pertama anak dijaga oleh mentua dan selepas itu saya akan bawa mereka bersama-sama ke Jakarta,” katanya.

 ??  ?? AZAD mendukung anak kedua mereka.
AZAD mendukung anak kedua mereka.
 ??  ?? EIRA bahagia sambut cahaya
mata kedua.
EIRA bahagia sambut cahaya mata kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia