Harian Metro

Makin cintai dunia pengarahan

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pelakon yang kini aktif dalam bidang pengarahan Rusdi Ramli kian jatuh cinta terhadap bidang itu.

Rusdi, 47, berkata sepanjang tahun lalu dia lebih banyak mengarah kerana kurang mendapat tawaran berlakon.

“Sebenarnya saya mula mengarah sejak dua tahun lalu tapi ketika itu tak banyak. Namun, sejak tahun lalu rezeki sebagai pengarah semakin banyak. Terima kasih kepada penerbit, Datuk A Aida yang banyak memberi peluang bekerja di bawah produksi miliknya selain mencadangk­an nama saya kepada produksi lain.

“Sebagai pengarah, saya mendapat kepuasan lain. Kalau berlakon saya berasa puas apabila mendapat watak yang bagus. Dalam bidang ini, keseronoka­n itu hadir ketika melihat setiap babak berjaya direalisas­ikan.

“Pada masa sama, saya juga terbabit dalam proses suntingan. Ia sedikit sebanyak menambahka­n lagi keterujaan saya untuk melihat hasil pengarahan,” katanya.

Terbaru, hasil kerja Rusdi dapat disaksikan menerusi telefilem Teman Pengganti lakonan Saharul Ridzwan dan Niena Baharun yang bakal ditayangka­n di slot Cerekarama TV3 malam esok.

Telefilem yang diangkat daripada lagu nyanyian Black itu bersempena tribute untuk Anugerah Juara Lagu ke-31.

“Saya pun tak sabar menonton telefilem ini.

Apa saya boleh katakan, gandingan dua pelakon ini memang bagus dan mereka berjaya menjayakan watak masing-masing. Pada masa sama, gementar juga nak menunggu maklum balas penonton,” katanya.

JANGAN TAKUT AMBIL

BERLAKON

Rusdi yang juga pelakon filem Tanda Putera tidak pernah melupakan bidang lakonan yang mula-mula membawa namanya ke dalam industri hiburan.

Rusdi meminta supaya produksi lain tidak takut menawarkan­nya berlakon hanya kerana dia sudah bergelar pengarah.

“Kalau boleh buang persepsi itu. Jangan takut nak menawarkan pengarah yang bermula sebagai pelakon. Saya selalu menjadikan Datuk Rahim Razali sebagai contoh. Dia masih boleh mengarah dan berlakon.

“Sebagai pelakon saya tahu tanggungja­wab yang perlu dilakukan. Begitu juga apabila duduk di kerusi pengarah. Tak perlu berasa takut nak menegur dan mengarah saya. Bukan apa, setiap pengarah ada cara masing-masing.

“Lagipun, saya tak pernah berasakan lakonan saya sudah sempurna. Sehingga sekarang saya masih dalam proses pembelajar­an,” katanya.

Apa yang pasti, Rusdi yang juga anak kepada pelakon veteran Norlia Ghani akur apabila kurang mendapat tawaran berlakon.

“Mungkin disebabkan faktor usia membuatkan tawaran itu semakin berkuranga­n. Pada masa sama kehadiran banyak pelakon baru mengubah senario itu. Kalau nak melakonkan watak hero lagi sudah tak sesuai.

“Kalau ada pun tawaran sekarang lebih kepada watak pembantu iaitu sebagai bapa. Saya okey sekiranya watak itu bagus dan menguatkan lagi jalan cerita. Kadang-kadang tawaran yang diberikan sekadar memenuhi watak dalam drama atau telefilem.

“Dalam perkara ini saya perlu terima hakikat. Namun saya bersyukur apabila diberikan rezeki pada cabang seni lain.

Saya percaya dengan setiap ketentuan Allah. Sekurang-kurangnya saya boleh menunjukka­n bakat lain yang ada dalam diri,” katanya yang baru selesai mengarahka­n drama berjudul Padamu Ku Bersujud.

 ??  ?? KETIKA menjadi pengarah untuk drama
berjudul Padamu Ku Bersujud, baru-baru ini.
KETIKA menjadi pengarah untuk drama berjudul Padamu Ku Bersujud, baru-baru ini.
 ??  ?? Dalam bidang ini, keseronoka­n itu hadir ketika melihat setiap babak berjaya direalisas­ikan
Dalam bidang ini, keseronoka­n itu hadir ketika melihat setiap babak berjaya direalisas­ikan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia