Harian Metro

Konvoi pupuk semangat aktiviti sukarela

- DARI MUKA 1

Peserta serah risalah

kepada orang ramai

sambil beri penerangan keburukan dan bahaya

rasuah

Konvoi yang bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang itu berlepas dari pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane dan seterusnya ke R&R Sungai Buloh Arah Utara, R&R Dengkil Arah Selatan dan berakhir di R&R Seremban Arah Selatan.

Di setiap hentian, peserta bukan saja menyerahka­n risalah kepada orang ramai malah turut memberi penerangan berkaitan keburukan dan bahaya rasuah.

Konvoi itu diketuai Pengarah SPRM KL Datuk Han Chee Rull dan Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM KL Ramlan Mat Lajis.

Menurut Han, konvoi yang diadakan itu bukan saja bertujuan meningkatk­an kesedaran berkenaan keburukan gejala rasuah malah turut membimbing masyarakat menghindar­i kegiatan tidak bermoral itu.

“Kita bukan saja mahu masyarakat faham dan sedar keburukan rasuah tapi pada masa yang sama turut berganding bahu membantu memerangi rasuah.

“Usaha memerangi rasuah tidak terhenti di sini dan pada hari ini saja kerana ia adalah usaha berterusan bagi memastikan gejala negatif ini tidak menular dalam masyarakat kita,” katanya.

Han berkata, aktiviti konvoi itu turut mengeratka­n hubungan sesama penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan SPRM selain memupuk semangat dalam aktiviti sukarela.

“Konvoi ini juga bertujuan memupuk aktiviti sihat dalam kalangan masyarakat selain mengeratka­n hubungan sesama penunggang motosikal berkuasa tinggi dan SPRM,” katanya.

Semua peserta mendengar taklimat terlebih dulu di pejabat SPRM

Kuala Lumpur sebelum memulakan konvoi dan taklimat disampaika­n Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Abdul Samat Kasah yang turut hadir bagi merasmikan acara itu.

Selepas sesi taklimat, tetamu kehormat membuat lawatan VIP ke barisan motosikal berkuasa tinggi sebelum pelepasan belon dan gegantung HARA 2016 dilakukan sebagai simbolik perasmian.- Nor Hanisah Kamaruzama­n

 ??  ?? 1. PESERTA menyerahka­n risalah kepada pemandu lori
yang singgah di hentian R&R. 2. ORANG ramai yang singgah di hentian R&R menerima
risalah antirasuah yang diedarkan peserta. 3. PESERTA mendengar taklimat di pejabat SPRM KL sebelum memulakan konvoi...
1. PESERTA menyerahka­n risalah kepada pemandu lori yang singgah di hentian R&R. 2. ORANG ramai yang singgah di hentian R&R menerima risalah antirasuah yang diedarkan peserta. 3. PESERTA mendengar taklimat di pejabat SPRM KL sebelum memulakan konvoi...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia