Harian Metro

BANGUN, HARI DAH PAGI!

-

Sempena kedatangan tahun baru mari buang tabiat lama

bersama pembaca, jadi selamat mencuba!

1. KURANGKAN AKTIVITI MALAM

Seelok-eloknya, jangan pulang ke rumah sehingga lewat malam jika anda bekerja atau mempunyai kelas pada keesokan harinya.

Hal ini kerana apabila ia berlaku, anda akan lewat tidur dan kemungkina­n besar bangun lambat.

Jadi, hadkan aktiviti menonton wayang atau berhibur bersama teman pada hari bekerja sebaliknya buat janji temu dengan mereka pada hujung minggu saja .

2. MINUM AIR PUTIH

Amalkan minum air putih sebelum dan selepas tidur. Dengan cara itu, anda tiada alasan untuk bangun lewat kerana cenderung bangun untuk membuang air pada waktu pagi.

Manakala, amalan minum air selepas bangun tidur pula bertujuan mengaktifk­an organ pada badan sekali gus menjadikan anda bersemanga­t untuk menjalani aktiviti harian.

3. HINDARI MAKANAN BERAT PADA LEWAT MALAM

Cuba elakkan tabiat makan lewat malam kerana ia akan menyebabka­n sistem pencernaan bekerja keras ketika anda tidur.

Akibatnya, anda sukar untuk tidur nyenyak kemudian lambat bangun tidur pada keesokan harinya.

Jadi, pastikan makan malam tepat waktunya dan jika lapar sekalipun, ambil makanan dalam kuantiti sedikit saja.

4. LETAKKAN PENGGERA JAUH DARI TEMPAT TIDUR

Sudah menjadi amalan kebanyakan individu memasang penggera tetapi mematikann­ya apabila berbunyi kerana mahu menyambung semula tidur.

Bayangkan, perkara ini terjadi ketika anda mempunyai urusan dan temu janji penting atau perlu menghadiri peperiksaa­n. Pasti sulit bukan?

Jadi, cuba letakkan penggera jauh dari tempat tidur kerana mahu tidak mahu anda terpaksa bangun untuk mematikann­ya. Secara tidak langsung, anda pasti akan bangun pagi!

5. AKTIF BERSUKAN

Tidak semua gemar bersukan tetapi percayalah hanya dengan melakukan senaman ringan dapat membantu anda bangun pagi.

Sekiranya malas ke gimnasium, memadai jika anda dapat lakukan gerakan mudah di rumah.

Dengan cara itu, tubuh anda kekal aktif seterusnya sukar untuk lewat bangun pagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia