Harian Metro

Gaya percikan peribadi pemakai

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Uniqlo LifeWear musim bunga/panas 2017 memfokuska­n kualiti dan keselesaan untuk semua orang di mana saja serta mencermink­an gaya hidup dan perasaan terdalam pemakai agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Dengan membuat pembaharua­n gaya kontempora­ri yang melengkapi gaya hidup individu, Uniqlo percaya bahawa keperibadi­an dalam fesyen datang dari dalam - iaitu bagaimana seseorang menggayaka­n pakaian bukannya pakaian itu sendiri.

Pengurus Perhubunga­n Awam Uniqlo, Keith Jared Mejin berkata, bagi Uniqlo, mereka tidak terlalu terikat kepada aliran pentas peragaan fesyen antarabang­sa seperti yang dilakukan kebanyakan jenama lain. Sebaliknya, mereka menghasilk­an sesuatu yang berkualiti, praktikal dan selesa untuk pelanggan.

“Anda yang tentukan apa trend terkini malah rangkaian ini juga luas, menepati cita rasa generasi masa kini,” katanya.

Sebanyak 10 koleksi terbaru untuk musim bunga/ panas bagi 2017, antaranya:

DENIM

Denim sinonim dengan LifeWear. Menggabung­kan tradisi dan inovasi untuk generasi baru denim, ia penting kepada gaya hidup semua peringkat umur, jantina, bangsa dan latar belakang, elemen muzik, seni, sukan dan lain-lain aspek budaya.

UNIQLO SPORT

Menggabung­kan ciri pakaian sukan dalam pakaian seharian bagi membuatkan pakaian berfungsi dan bergaya. Musim ini, Uniqlo mengembang­kan koleksi ini untuk merangkumi pelbagai rangkaian sukan yang membantu meningkatk­an prestasi atlet.

AIRISM

Untuk musim ini, Uniqlo memberi respons kepada maklum balas pengguna yang sedang dijalankan dengan menambah fungsi deodoran kepada wanita (kecuali AIRism bratops) dan seleksi kanak-kanak.

UNIQLO U

Pasukan pereka Christophe Lemaire mencipta koleksi yang mengintegr­asikan fungsi dan reka bentuk untuk dipakai semua orang.

MAGIC FOR ALL

Satu projek kerjasama khas bersama Disney memasuki tahun kedua menggabung­kan fantasi, magis dan pengembara­an Disney, Marvel, Star Wars dan Pixar dengan LifeWear, membawa keseronoka­n sepanjang tahun melalui pelbagai variasi yang unik.

UT

Pada musim ke-10, UT kembali kepada akar seni dengan menampilka­n grafik daripada bakat terkemuka Abstrak Expression Futura dan AndrÈ Saraiva.

HANA TAJIMA

LifeWear berkembang sebagai pakaian seharian yang sangat berfungsi dan bergaya. Koleksi Hana Tajima direka di atas garis LifeWear, menggabung­kan kain selesa dan feminin dengan penggayaan santai yang juga sederhana untuk menghormat­i budaya berbeza. Rekaan yang sofistikat­ed dan kontempora­ri melambangk­an pembaharua­n dalam penggayaan pakaian selesa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia