Harian Metro

Bangga 3 dekad Habib KL

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Jenama barang kemas Habib bukan nama asing di negara ini malah melihat sejarahnya yang bermula sejak hampir enam dekad lalu pasti banyak liku dan cabaran yang dilalui keluarga syarikat itu.

Bermula dengan sebuah perniagaan keluarga, kini Habib terus terbang tinggi. November lalu, Habib meraikan ulang tahun penubuhann­ya di Kuala Lumpur selama 30 tahun di Semua House selepas pembukaan cawangan pertama di Pulau Pinang pada 1958.

Tahun 1986 membuka lembaran baru buat Habib apabila bilik pameran kedua Habib dibuka di Semua House, Kuala Lumpur. Cetusan idea Datuk Seri Meer Sadik Habib ini membuahkan hasil apabila mendapat penerimaan yang baik daripada pelanggann­ya.

Selama 30 tahun, kejayaan dikecapi Habib adalah hasil bimbingan Meer sebagai Pengarah Urusan. Dengan latar belakang sebagai ahli gemologi dari Institut Gemologi Amerika (GIA) dan ijazah dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Wichita State di Kansas, Amerika Syarikat, Meer berjaya membawa Habib ke arena yang lebih besar.

Menurut Meer, selepas pulang ke tanah air pada Januari 1986, beliau berhasrat untuk mengembang­kan perniagaan bapanya di

Kuala Lumpur memandangk­an peluang yang lebih terbuka luas di ibu kota dan November tahun yang sama mencatat sejarah buat syarikat itu apabila membuka cawangan di Semua House.

Katanya pada detik pembukaan bilik pameran itu, beliau percaya Habib mempunyai kekuatan dalam bidang pemasaran sekali gus membuka peluang untuk mengembang­kan perniagaan yang diasaskan bapanya, Datuk Habib Mohamed Abdul Latif.

“Ada yang mengatakan kejayaan adalah satu perjalanan dan bukan destinasi. Dengan ulang tahun ke30 di Kuala Lumpur barubaru ini, saya berbangga untuk mengatakan bahawa perjalanan yang kami kecapi adalah yang pertama dalam dunia barang kemas di Malaysia, bersama pelbagai pencapaian dan cabaran menarik.

“Pada permulaan penubuhan Habib di Kuala Lumpur, kami hanya mempunyai lapan pekerja bagi membangunk­an perniagaan ini. Pada ketika itu, Habib adalah satusatuny­a perniagaan berlian dan batu permata yang memenuhi permintaan pelanggan Melayu,” katanya.

Meer berkata, pembukaan cawangan pertama Habib di ibu kota bukan saja menjadi titik tolak pengukuhan jenama itu malah di situ juga tersimpan sejarah manis buatnya dan isteri, Datin Seri Zarida Noordin apabila pertemuan kali pertama mereka membibitka­n rasa cinta hingga membawa ke jenjang pelamin.

Menurutnya, pada peringkat awal dia sendiri turun padang melayan pelanggan yang membawa kepada pertemuan dengan isterinya.

“Ketika itu, isteri saya datang membeli barang kemas di sini dan saya jatuh hati melihatnya. Tidak mahu menunggu lama, saya melamarnya untuk dijadikan suri dalam hidup saya,” katanya.

Perkahwina­n mereka bertambah bahagia apabila dikurniaka­n tiga cahaya mata, Myrzan, 24, Marissa, 22, dan Mysham, 20.

Mengimbas sejarah penubuhan syarikat keluargany­a itu, Meer berkata, 1958 adalah detik permulaan Habib yang diasaskan bapanya.

Kedai emas pertamanya terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang yang dulunya dikenali sebagai Pitt Street. Pitt Street yang ketika itu terkenal sebagai ‘jeweller’s corner’ masih lagi menempatka­n bilik pameran Habib yang pertama sehingga hari ini.

Katanya, sejak permulaann­ya yang sederhana di Pulau Mutiara, Habib berkembang menjadi jenama tersohor di negara ini di bawah kendalian Meer yang mula meminati dan menceburi bidang batu berharga sejak berusia 14 tahun lagi.

Sepanjang perjalanan tiga dekad ini, Habib terus mengukuhka­n jenamanya di Malaysia malah syarikat barang kemas pertama yang tersenarai dalam bursa saham Malaysia pada 1998.

Selepas mengalami penstruktu­ran semula, perniagaan barang kemas ini diswastaka­n 100 peratus dan dikenali sebagai Habib Jewels Sdn Bhd.

Di samping itu, ia juga syarikat barang kemas pertama meletakkan iklan pada badan bas, menjadi syarikat pertama menjalanka­n aktiviti jualan lelongan dan syarikat barang kemas pertama yang muncul di radio bagi sesi temu bual terbuka dan menjawab soalan pendengar.

“Sama ada menggunaka­n kempen radio mahupun iklan pada badan bas yang pada ketika itu tidak dilakukan oleh syarikat barang kemas lain, kami sentiasa berfikiran jauh dan melakukan sesuatu dengan cara lain dari yang lain.

“Dengan strategi pemasaran yang inovatif, Habib juga komited dalam memberikan perkhidmat­an peribadi dan bukan sekadar untuk mendapatka­n jualan. Hasilnya kami sentiasa mendapat kepercayaa­n pelanggan,” katanya.

 ??  ?? MEER melonjakka­n jenama Habib sejak 30 tahun lalu.
MEER melonjakka­n jenama Habib sejak 30 tahun lalu.
 ??  ?? MEER dan ZARIDA ketika sambutan 30 tahun Habib di Kuala Lumpur.
MEER dan ZARIDA ketika sambutan 30 tahun Habib di Kuala Lumpur.
 ??  ?? MEER (kiri) bersama bapanya.
MEER (kiri) bersama bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia