Harian Metro

Kumpul apa saja jenama Milo

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Bagi sesetengah orang, tin, koleh, cawan, botol, beg, alat mainan, baju, jam, poster, papan tanda dan apa saja barangan berjenama tertentu dijadikan koleksi menarik.

Mungkin ada yang menganggap barangan seperti itu tidak bernilai malah dibuang begitu saja kerana tidak mahu ‘menyemakka­n’ rumah.

Bagaimanap­un, buat pengumpul barangan seperti itu terutama untuk jenama khusus seperti Milo, memiliki koleksi barangan itu amat bernilai meskipun hanya cawan kertas atau tin lama.

Barangan itu terutama keluaran terhad dan edisi khas adalah yang paling dicari pengumpul barangan Milo dari seluruh dunia. Keunikan pada barangan Milo terletak pada keluaranny­a yang berbeza setiap tahun dan negara sejak jenama minuman coklat terkenal itu mula dikeluarka­n pada 1930-an.

Hobi mengumpul barangan Milo dikongsi seorang pemuda dari Klang, Selangor, Mohd Yusof Ali,

37, yang mula menghimpun koleksinya sejak hampir 10 tahun lalu.

Sehingga hari ini, sudah lebih 500 jenis tin, botol, koleh, beg dan pelbagai barangan minuman Milo berada dalam koleksi Mohd Yusof yang tersusun rapi dalam rak di rumahnya.

Ruang tamu rumah Mohd Yusof dijadikan galeri koleksi Milo dan seluruh dinding ruang itu dihiasi beraneka poster, papan tanda dan bidai lama keluaran Milo.

Sekali pandang, rumahnya tidak ubah seperti muzium penyimpana­n barangan Milo dengan pelbagai koleksi lama dan baru memenuhi segenap ruang tamu termasuk koleksi antik cawan kopitiam Milo edisi terhad.

Menurut Mohd Yusof, minat mengumpul barangan Milo bukan sekadar hobi tetapi menyimpan nostalgia bersama arwah bapanya ketika dia bersekolah.

“Arwah bapa saya berniaga kedai runcit semasa saya bersekolah dan apabila barangan Milo dihantar oleh pembekal ke kedainya, banyak barangan percuma Milo seperti kotak pensel, cawan dan bekas minuman diberikan.

“Jadi sejak itu saya sudah terbiasa dengan barangan atau hadiah percuma Milo. Memang ia barangan lama yang menyimpan banyak kenangan manis zaman kanak-kanak untuk diimbas kembali,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

NILAI KENANGAN

Menurutnya, semua koleksinya adalah hasil pengumpula­nnya sendiri mahupun dibeli dari komuniti pengumpul barangan itu dan setakat ini koleksinya adalah keluaran negara ini saja.

Minat Mohd Yusof turut dikongsi bersama isteri, Zaiton Sulaiman yang sering memberi sokongan kepadanya dan ada kalanya turut membelikan koleksi barangan Milo untuknya.

Katanya, walaupun keseluruha­n ruang tamu dipenuhi barangan Milo, isterinya tidak kisah dan disebabkan itu tiada masalah bagi wanita itu untuk samasama memastikan rumah mereka sentiasa kemas dan teratur.

Menjadikan rutin setiap bulan untuk mengelap kotoran dan habuk pada koleksinya, Mohd Yusof tidak sekali pun berasa terbeban malah berasa seronok melihat koleksinya sentiasa bersih dan nampak baru meskipun ada barangan yang sudah berusia lebih 50 tahun.

“Koleksi paling antik yang saya miliki adalah beberapa tin Milo yang dikeluarka­n pada 1960an yang ketika itu tidak dipanggil minuman coklat sebaliknya minuman tonik,” katanya.

Pernah ditawarkan RM3,000 oleh seorang

 ??  ?? KOLEKSI tin Milo lama.
KOLEKSI tin Milo lama.
 ??  ?? PLASTIK Milo turut disimpan Mohd Yusof.
PLASTIK Milo turut disimpan Mohd Yusof.
 ??  ?? MOHD Yusof menunjukka­n tin Milo 1960-an yang menjadi koleksi berhargany­a.
MOHD Yusof menunjukka­n tin Milo 1960-an yang menjadi koleksi berhargany­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia