Harian Metro

REZEKI JARINGAN PENALTI

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

FC 2020 muncul juara dengan catatan 6-5

Kelebihan satu mata hasil jaringan penalti ketika pusingan penentuan membawa pasukan FC 2020 Bandar Putra Kulai (FC 2020) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Junior - Absolute 14 Yayasan Penyayang Majlis Perbandara­n Johor Bahru Tengah (MPJBT) di Stadium Educity, Iskandar Puteri, Johor Bahru, barubaru ini.

Kemenangan itu sekali gus memaksa lawan mereka, Zero One FC akur dengan keputusan 6-5 dan sekadar berpuas hati dengan gelaran naib juara.

Selaku juara, FC 2020 memenangi wang tunai RM1,000, pingat, piala pusingan serta piala iringan manakala Zero One FC membawa pulang wang tunai RM700 dan pingat.

Tempat ketiga disandang Harimau United FC yang membawa pulang wang tunai RM500 serta pingat manakala tempat keempat, Sinar FC memenangi wang tunai RM300 dan pingat.

Ketua Penganjur, Mohd Shafizan Hashim berkata, acara itu dianjurkan dengan kerjasama Absolute Soccer Kids Academy (ASKA) dan adalah kesinambun­gan daripada Kejohanan Bola Sepak Junior - Super 10 dan Hero 12 yang dikhaskan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Menurut Mohd Shafizan, secara keseluruha­n, dia berpuas hati kerana komitmen pemain, jurulatih dan pengurus pasukan sepanjang dari awal hingga berakhirny­a kejohanan berkenaan.

“Kejohanan lalu agak terjejas kerana hujan tetapi alhamdulil­lah, cuaca kali ini baik dan ia membantu pemain mempamerka­n aksi cemerlang.

“Malah, semua mereka bermain dengan semangat kesukanan dan itu yang kita ingin lihat dalam ke- johanan ini selain mencari pelapis baru dalam sukan bola sepak,” katanya yang ditemui selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Majlis itu disempurna­kan Ahli Majlis MPJBT Zon Prisma Iskandar Azizah Nasabu yang diiringi Pengurus Yayasan Penyayang MPJBT Fadzilin Abd Rashid.

Sementara itu, Azizah berkata, dia kagum dengan semangat berpasukan peserta yang mengambil bahagian dan mengakui kejohanan berkenaan platform terbaik bagi mencungkil bakat baru dalam sukan bola sepak.

“Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian kerana menunjukka­n semangat kesukanan tinggi sepanjang kejohanan berlangsun­g.

“Selain mencungkil bakat, ia juga aktiviti sihat yang wajar disertai oleh golongan remaja,” katanya.

 ??  ?? MOHD Shafizan (kiri) menyerahka­n cenderahat­i kepada Azizah selepas majlis penyampaia­n
hadiah kepada pemenang.
MOHD Shafizan (kiri) menyerahka­n cenderahat­i kepada Azizah selepas majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang.
 ??  ?? JUARA Kejohanan Bola Sepak Junior - Absolute 14 , FC 2020 bersama piala dan hadiah kemenangan mereka.
JUARA Kejohanan Bola Sepak Junior - Absolute 14 , FC 2020 bersama piala dan hadiah kemenangan mereka.
 ??  ?? AKSI pemain yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Junior Absolute 14 di Stadium Educity Iskandar Puteri, Johor Bahru.
AKSI pemain yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Junior Absolute 14 di Stadium Educity Iskandar Puteri, Johor Bahru.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia