Harian Metro

Lenggong ‘putih’ pada era 1980-an

-

Dianggap kawasan ‘berdarah’ pada zaman ancaman komunis

Keunikan daerah kecil Lenggong, Perak bukan saja kerana asal usul namanya yang mempunyai unsur mitos dan legenda tapi juga 40,000 pendudukny­a terdiri daripada empat suku kaum iaitu Melayu, Cina, Orang Asli dan India.

Lenggong satu daripada tiga bandar kecil selain Gerik dan Pengkalan Hulu (dulu Kroh) dalam daerah Hulu Perak sinonim dengan zaman penempatan terawal manusia iaitu Perak Man yang hidup 11,000 tahun lalu. Rangkanya ditemui di Gua Gunung Runtuh, Kampung Gelok kira-kira lima kilometer dari pekan Lenggong.

Pelbagai pihak membuat kajian dan penyelidik­an di Lenggong itu terutama Pusat Penyelidik­an Arkeologi Malaysia (PPAM) berkaitan kawasan Lembah Lenggong yang mempunyai sembilan tempat arkeologi terpenting sebagai tapak Zaman Paleolitik terbesar di Asia Tenggara sejak 200,000 tahun lalu.

Berikutan itu, Lembah Lenggong diisytihar­kan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 30 Jun 2012 lalu.

Namun, tidak ramai yang mengetahui di sebalik lokasi sejarah terbesar itu bagaimana Lenggong mendapat nama dan sebutan mungkin asing kepada mereka yang berada di luar Perak.

Menurut Ketua Kampung Lenggong Mohd Razli Ahmad, 61, Lenggong diberi nama selepas mengalami satu peristiwa berlaku sekitar

250 hingga 300 tahun lalu membabitka­n seorang penduduk Orang Asli bernama Semang.

“Semang menebang satu pokok sebesar lima pemeluk yang kemudian tumbang ‘terlanggun­g’ ke atas pokok balak lebih kecil di kawasan berbanir menyebabka­n ia tersadai puluhan tahun hingga akhirnya ditutur orang sebagai tempat langgong yang kemudian disebut ‘lenggong’.

“Lenggong juga tidak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia