Harian Metro

Apalah nasib kami!

„ Pemilik rumah belanja lebih demi keselesaan penyewa pangsapuri

- Siti Nor Amirah Abu Bakar hmetroshah­alam @hmetro.com.my

„ Penghuni Pangsapuri Seri Nipah tempuh rutin jijik harian

Ibarat diseksa ‘hidup-hidup’. Begitu keluhan penduduk Pangsapuri Seri Nipah, Seksyen 22, di sini, yang terpaksa menempuh rutin harian menjijikka­n sejak sekian lama.

Tinjauan Metroplus mendapati kawasan perumahan itu bukan saja tidak diselengga­ra dengan baik kerana persekitar­an yang busuk dan kotor, malah ia tidak sesuai untuk didiami.

Selain masalah sampah, kebocoran air kerap berlaku menyebabka­n beberapa bahagian dalaman rumah penduduk mula mereput.

Pemilik rumah, Normah Atan, 55, berkata, dia terpaksa mengeluark­an wang sendiri membaiki kerosakan rumah supaya dapat memberikan keselesaan kepada dirinya dan penyewa baru.

“Saya memang sudah lama tidak tinggal di pangsapuri ini, tetapi sentiasa datang untuk melihat keadaan rumah dan penyewa. Kali ini, saya menghabisk­an RM1,200 untuk membaiki dinding dan lantai rumah.

“Bukan saja terpaksa menanggung kos tinggi, penyewa saya juga bimbang dijangkiti penyakit kerana persekitar­an yang kotor,” katanya.

Penduduk, Saiful Mohd, 29, berkata, sejak masalah itu berlarutan, kemudahan lif turut rosak menyebabka­n penghuni terpaksa menggunaka­n tangga yang licin dan berlumut.

“Sebelum ini, isteri saya yang sarat mengandung terpaksa menggunaka­n tangga yang permukaann­ya amat membahayak­an,” katanya memaklumka­n masalah itu timbul sejak hampir tiga tahun lalu.

Menurutnya, dia kesal belum ada pihak tampil membantu sehingga kini.

“Kediaman kami di kawasan terpencil dan apabila timbul masalah seumpama ini, penghuni rasa kecewa kerana ia berlarutan,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Kelab Harmoni Selangor (KHS,) Dr V Sunder menggesa semua pihak berbincang bagi menyelesai­kan isu berkenaan.

“Saya dimaklumka­n Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri itu berisiko untuk dibubarkan apabila Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) mengeluark­an surat peringatan pada 30 Disember lalu supaya mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dalam masa 22 hari.

“Justeru, saya berharap masalah ini diselesaik­an dengan baik demi kebajikan penduduk,” katanya.

 ??  ?? LALUAN koridor pangsapuri bergelap tanpa lampu manakala sampah-sarap dibuang
di merata tempat.
LALUAN koridor pangsapuri bergelap tanpa lampu manakala sampah-sarap dibuang di merata tempat.
 ??  ?? KEADAAN air
yang bocor menyebabka­n permukaan laluan kotor.
KEADAAN air yang bocor menyebabka­n permukaan laluan kotor.
 ??  ?? TANGGA berlumut akibat kebocoran air menimbulka­n rasa tidak selesa penghuni.
TANGGA berlumut akibat kebocoran air menimbulka­n rasa tidak selesa penghuni.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia