Harian Metro

‘Kami mahu pondok polis’

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

„ 100 peniaga Rampai Bazaria Night Market Setapak risau jadi mangsa pencuri

Lebih 100 peniaga di Rampai Bazaria Night Market Setapak di sini bimbang menjadi mangsa kecurian apabila kes itu dilaporkan kerap berlaku.

Kes kecurian berkenaan membabitka­n peralatan memasak seperti tong gas selain kes pecah masuk di premis perniagaan berhampira­n.

Mangsa yang dikenali sebagai Marlini, 39, berkata sejak pasar raya mini miliknya beroperasi tiga bulan lalu, sudah dua kali kes cubaan merompak kedainya terjadi.

“Pencuri melarikan diri sebaik penggera berbunyi, saya masih lagi bernasib baik kerana memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan penggera di kedai.

“Cubaan pertama pencuri pada September lalu pun tidak berjaya kerana penggera berbunyi,” katanya.

Menurut Marlini, kedainya sekali lagi cuba diceroboh masuk baru-baru ini tetapi tidak berjaya.

Sementara itu, peniaga masakan Barat Zairul Nizam Tukiman, 40, berkata pencuri melakukan kegiatan itu sekitar 5 hingga 8 pagi.

“Saya kehilangan empat daripada tujuh tong gas di stor simpanan awal bulan lalu.

“Disebabkan kes itu, saya tidak dapat berniaga dan perlu membeli tong gas baru berharga RM130 satu bagi menampung permintaan pelanggan,” katanya.

Berikutan kes itu, katanya, dia tidak lagi meletakkan peralatan memasak di stor simpanan, sebaliknya menyimpan di dalam van yang ditinggalk­an di hadapan sebuah kedai keperluan yang memiliki CCTV.

Sementara itu, Pengurus Operasi Rampai Bazaria Night Market Arif Asyraf Ali berkata, sebanyak lima kejadian kecurian dilaporkan sejak bazaria itu beroperasi pada September lalu.

“Mangsa yang terbabit juga sudah membuat laporan polis.

“Persatuan berharap pihak berkuasa dapat meletak pondok polis sekurang-kurangnya satu bagi memantau masalah ini,” katanya.

Menurut beliau, kes rompakan dan ragut semakin kerap berlaku di sekitar bazaria itu selepas kawasan berkenaan menjadi tumpuan berikutan kemeriahan pasar lewat malam itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahka­n menerima laporan kecurian di kawasan berkenaan.

“Kami sudah melakukan rondaan secara berjadual di kawasan itu bagi memastikan keselamata­n penduduk dan peniaga.

“Kami juga menasihatk­an pemilik premis perniagaan memberi kerjasama dengan pihak polis mencegah kegiatan jenayah seperti memasang CCTV dan meletakkan pengawal keselamata­n,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai mengunjung­i Rampai Bazaria Night Market Setapak, Kuala Lumpur.
ORANG ramai mengunjung­i Rampai Bazaria Night Market Setapak, Kuala Lumpur.
 ?? Arif Asyraf Ali ?? Persatuan berharap pihak berkuasa dapat meletak pondok polis sekurang-kurangnya satu bagi memantau masalah ini”
Arif Asyraf Ali Persatuan berharap pihak berkuasa dapat meletak pondok polis sekurang-kurangnya satu bagi memantau masalah ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia