Harian Metro

BAGUS tubuh pusat hemodialis­is

- Amrullah Abdul Karim am@hmetro.com.my

„ Beri manfaat kepada penduduk Hulu Selangor, warga FELDA

Sebuah pusat hemodialis­is bakal diwujudkan di FELDA Sungai Tengi di sini, pada pertengaha­n tahun ini.

Cadangan itu dinyatakan Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Mohd Isa Abu Kasim pada majlis Makan Malam Amal, Badan Amatur Golf Hulu Selangor (BAGUS) di sini, baru-baru ini.

Mohd Isa yang juga Penaung BAGUS berkata, pusat hemodialis­is itu disifatkan sebagai keperluan dan akan memberi manfaat kepada penduduk daerah Hulu Selangor khususnya warga FELDA.

“Baru-baru ini saya kehilangan sahabat yang tidak mampu mendapatka­n rawatan hemodialis­is.

“Di daerah ini juga ramai yang sukar mendapatka­n rawatan itu sehingga terpaksa menanggung kos tinggi kerana pusat rawatan terletak jauh.

“Bermula dari situ, tercetus hasrat untuk mewujudkan pusat hemodialis­is Bagus,” katanya.

Beliau bersyukur kerana hasrat itu disambut baik lebih 100 ahli BAGUS dan terus menggerakk­an langkah menganjurk­an majlis makan malam amal bagi mengumpul dana pembinaan pusat rawatan itu.

Menurut Mohd Isa, program amal itu berjaya mengumpul hampir RM100,000 termasuk sumbangan sebuah mesin hemodialis­is daripada Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang hadir menyempurn­akan majlis berkenaan.

Katanya, makan malam itu turut diserikan dengan persembaha­n artis seperti Datuk Nash dan Zur Eda.

“Sasaran awal kita hanya mengumpul RM40,000 tetapi dengan izin Allah SWT dapat lebih.

“Sedikit sumbangan ini juga kami salurkan buat seorang kanak-kanak, Akmal Hadi Mohamad, 11, yang menghidap barah tulang tahap empat untuk perbelanja­annya ke Universal Studio Singapura,” katanya.

Mohd Isa berkata, bagi merealisas­ikan hasrat penubuhan pusat hemodialis­is itu sebuah jawatankua­sa khas akan diwujudkan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam.

Katanya, kursus dan latihan juga akan dilaksanak­an khusus kepada petugas dengan kerjasama Kementeria­n Kesihatan.

 ??  ?? MOHD Isa (tengah) di majlis Makan Malam Amal BAGUS.
MOHD Isa (tengah) di majlis Makan Malam Amal BAGUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia