Harian Metro

Kayuhan Santai sebar mesej bahaya dadah

-

Kuala Kubu Bharu: Sebar mesej kesedaran berhubung ancaman dadah melalui aktiviti kayuhan basikal secara santai.

Itu pendekatan dilakukan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Hulu Selangor bersama pelbagai agensi dan masyarakat sekitar pada Kayuhan Santai dan Sihat Pemadam, Ceria Tanpa Dadah baru-baru ini.

Kayuhan disertai lebih 100 peserta dari pelbagai kaum itu meliputi kawasan Bandar Kuala Kubu Bharu, Kampung Orang Asli Tun Razak, Kampung Kelapa, Ampang Indah, Ampang Pecah, Alur Limpah, Sungai Damar, Taman Selesa dan Taman Pesara dengan jarak perjalanan sejauh 17 kilometer.

Pengerusi PEMADAM Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, program kayuhan itu antara bentuk kempen berterusan yang dilakukan pihaknya bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai musuh nombor satu negara itu.

“Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tahun lalu dan ini adalah program kemuncak.

“Mesej yang mahu disebarkan sudah pasti mengenai bahaya dadah dan ia perlu diperangi habis-habisan,” katanya.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Hulu Selangor berkata, selain itu, PEMADAM dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), sentiasa membuat pemantauan lokasi atau sarang dadah termasuk penanaman serta pemprosesa­n daun ketum.

Mohd Fauzi turut yakin peratusan gejala penagihan dadah dalam daerah itu semakin berkuranga­n dan kes baru yang dicatatkan kebanyakan­nya membabitka­n pihak luar yang menjadikan kawasan ini sebagai ‘port’ baru.

“Pelbagai kejayaan dicatatkan termasuk rampasan dadah, tangkapan pengedar oleh polis narkotik dan AADK serta pemusnahan la- dang ketum yang juga kejayaan besar kita,” katanya.

Sementara itu pengerusi program berkenaan, Datuk Mohd Isa Abu Kasim berkata, siri kedua kayuhan santai itu akan diadakan tahun ini dengan skop

lebih besar termasuk membabitka­n masyarakat di empat tanah rancangan FELDA di daerah itu.

 ??  ?? Fauzi (empat dari kiri) menyerahka­n sijil dan medal kepada peserta kayuhan santai basikal tua bersama Isa (tiga dari kiri).
Fauzi (empat dari kiri) menyerahka­n sijil dan medal kepada peserta kayuhan santai basikal tua bersama Isa (tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia