Harian Metro

Bantu penjaja jana pendapatan

- Mohd Shukor Amin am@hmetro.com.my

Seramai enam penjaja kecil dari kawasan Parlimen Sabak Bernam di sini, menerima bantuan kelengkapa­n penjaja melalui Program Bantuan Kios 2016 bertujuan meningkatk­an pendapatan mereka.

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata, bantuan kios penjaja itu adalah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB), Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diuruskan oleh Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU).

“Tiap-tiap tahun kerajaan memperuntu­kkan bantuan berbentuk alat perniagaan seperti kios, generator dan dapur bernilai kira-kira RM10,000 untuk membantu menambah pendapatan penjaja kecil.

“Penerima yang layak menerima bantuan kios penjaja ini dipilih selepas melalui tapisan maklumat yang diperoleh daripada data e-kasih,” katanya selepas menyerahka­n kios kepada penerima bantuan itu di pekarangan Bangunan UMNO Bahagian

„ Bantuan alat perniagaan seperti kios, generator dan dapur bernilai RM10,000

Sabak Bernam, di sini baru-baru ini.

Beliau berharap, pemberian bantuan kios penjaja itu dapat digunakan sepenuhnya dan seterusnya menambah pendapatan penjaja.

“Janganlah disalahgun­akan (bantuan kios) kerana ada berlaku peralatan ini dijual. Yang penting (bantuan kios) untuk menjana pendapatan,” katanya.

Sementara itu,

Faridah Mohd Yusof, ibu tunggal berusia 43 tahun bersyukur dan berterima kasih kerana dipilih sebagai salah seorang penerima bantuan.

Faridah sebelum ini menjalanka­n perniagaan menjual ais batu campur dan ais kisar di rumahnya sejak tiga tahun lalu.

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur terpilih menerima bantuan kios penjaja ini. Selain perniagaan sedia ada, saya bercadang untuk tambah jualan berasaskan makanan bergoreng.

“Sebelum ini pendapatan saya kira-kira RM1,000 sebulan. Jadi harapan saya, dengan adanya kios serba baru dan lengkap ini, pendapatan saya meningkat,” katanya.

 ??  ?? FASIAH (empat dari kanan) menyerahka­n bantuan kios penjaja kepada penerima di perkaranga­n Bangunan UMNO Bahagian Sabak Bernam.
FASIAH (empat dari kanan) menyerahka­n bantuan kios penjaja kepada penerima di perkaranga­n Bangunan UMNO Bahagian Sabak Bernam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia