Harian Metro

Miss Tourism peraga batik promosi pelanconga­n negara

-

Putrajaya: Kaftan bercorak batik Malaysia antara fesyen pakaian diperagaka­n 60 peserta Miss Tourism Internatio­nal 2016/2017 pada peringkat akhir pertanding­an dalam usaha mempromosi pelanconga­n negara.

Selain kaftan berkenaan, peserta terbabit turut memperagak­an pakaian tradisi pelbagai corak dan rekaan mewakili negara masing-masing.

Bukan itu saja, pada pertanding­an peringkat akhir itu, peserta terbabit turut menonjolka­n bakat masing-masing sama ada menari atau menyanyi.

Dalam pada itu, peserta dari New Zealand, Ariel Pearse, 24, diumumkan sebagai Miss Tourism Internatio­nal 2016/2017 serta mengalahka­n 59 peserta dari negara lain.

Menerusi

kemenangan­nya, gadis cantik itu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, tajaan biasiswa pengajian RM60,000 di Limkokwing University of Creative Technology London Global Campus Programme, hadiah sampingan bernilai lebih RM5,000, mahkota, trofi dan selempang.

“Saya berasa bangga dengan kemenangan ini malah, berterima kasih kepada semua pihak yang memberi peluang kepada saya mewakili New Zealand dalam pertanding­an ini.

“Penyertaan pada pertanding­an ini memberi peluang kepada saya mengenali Malaysia dengan lebih dekat dari segi adat, budaya dan masyarakat di sini,” katanya.

Hadiah disampaika­n Presiden Miss Tourism Internatio­nal Tan Sri Danny Ooi.

Seterusnya, peserta dari Brazil, Thaina Carolina Magalhaes Peres, 26, diumumkan pemenang Miss Tourism Cosmopolit­an Internatio­nal 2016/2017, manakala gelaran Miss Tourism Global 2016/2017 menjadi milik peserta Australia Tasha Laraine Ross,21.

Bagi gelaran Dreamgirl of The Year Internatio­nal 2016/2017, ia disandang oleh peserta Mexico, Ximena Delgado Mendez, 20, manakala peserta Indonesia, Dikna Faradiba Maharani, 23, dinobatkan sebagai Miss South East Asia Tourism Ambassadre­ss 2016/2017.

Peserta dari Malaysia, Ng Shin Ying, 20, diumumkan pemenang dengan gelaran Best In Talent, malah anak kelahiran Melaka itu turut mempersemb­ahkan gerak tari pasukan sorak kepada penonton dalam dewan.

 ??  ?? ARIEL (tengah) bersama Thaina (dua dari kiri), Tasha (dua dari kanan), Ximena (kiri) dan Dikna (kanan) bergambar bersama mahkota dan piala kemenangan di Putrajaya.
ARIEL (tengah) bersama Thaina (dua dari kiri), Tasha (dua dari kanan), Ximena (kiri) dan Dikna (kanan) bergambar bersama mahkota dan piala kemenangan di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia