Harian Metro

Pengguna pentingkan diri sendiri

-

Kuala Lumpur: Mentaliti kelas ketiga. Itu gelaran sesuai bagi segelintir masyarakat di negara ini yang mementingk­an diri sendiri ketika meletak kenderaan sehingga menimbulka­n masalah dan kemarahan kepada orang ramai.

Tinjauan Metroplus di 10 lokasi tumpuan sekitar Lembah Klang mendapati terdapat banyak kesalahan meletak kenderaan di semua kawasan parkir di lokasi berkenaan terutama menggunaka­n dua petak parkir dan meletak kenderaan di bahu jalan.

Selain itu, tidak kurang juga pemandu yang menyalah guna tempat meletak kenderaan orang kurang upaya (OKU) dan lebih teruk, ada pemandu yang meletak kenderaan mereka di hadapan pintu premis menyukarka­n orang ramai melalui kawasan itu.

Pembantu perubatan yang mahu dikenali sebagai Redza, 37, berkata, setiap hari pasti ada kenderaan yang membuat kesalahan meletak kenderaan di kawasan hospital tempat dia bekerja.

“Tidak dinafikan, mereka yang datang ke sini kebanyakan­nya pesakit tetapi ramai pula yang ‘sakit otak’ sehingga tidak mempedulik­an kesusahan orang lain dan terlalu mementingk­an diri sendiri,” katanya ketika ditemui di sebuah hospital di sini.

Pekerja pasar raya Ahmad Syaifuddin Ahmad Hisham, 27, berkata, dia pernah dicederaka­n pengunjung pasar raya kerana menegur perbuatan pemandu yang meletak kenderaan di hadapan pintu kawasan memunggah barang.

Pembantu klinik Nur Aisyah Mat Dali, 25, berkata, kebanyakan pemandu yang meletak kenderaan sesuka hati itu bernasib baik kerana ramai masyarakat di negara ini masih bertimbang rasa.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) Ahmad Fauzi Ishak berkata, pihaknya kerap menerima aduan berhubung kesalahan parkir bertindih atau menghalang laluan.

“Kita akan menunda kenderaan yang menghalang laluan sekiranya menerima aduan, ini kerana ia menimbulka­n masalah kepada pemandu lain termasuk orang awam.

“Bagi kawasan seliaan majlis, antara kawasan yang sesak dengan kenderaan adalah di Bandar Baru Selayang, Sri Gombak dan pekan Rawang,” katanya.

Menurutnya, kenderaan yang ditunda akan dibawa ke depoh simpanan di belakang Stadium Selayang dan kompaun akan dikenakan kepada pemilik yang datang menuntut kereta mereka.

 ??  ?? AIZAT membaiki telefon pintar pelanggan di sebuah restoran di Seremban 2. PEMANDU membolot dua parkir yang dikhaskan untuk OKU.
AIZAT membaiki telefon pintar pelanggan di sebuah restoran di Seremban 2. PEMANDU membolot dua parkir yang dikhaskan untuk OKU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia