Harian Metro

Hobi bela ikan jana hasil lumayan

-

Parit: Seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mampu menjana pendapatan lumayan dengan menjadikan hobi menternak ikan sangkar sebagai punca pendapatan sejak tiga tahun lalu di Sungai Perak di Kampung Ekor Lambat, di sini.

Mohd Jamil Ahmad, 56, yang juga peminat tegar hidangan tempoyak ikan patin memulakan penternaka­n patin dengan dua sangkar atas bimbingan rakannya yang turut berkecimpu­ng dalam bidang sama.

Katanya, tanpa pengalaman serta pengetahua­n asas penternaka­n ikan itu, dia meneruskan usaha dan kini hasilnya dia sudah memiliki 12 sangkar dengan setiap sangkar mempunyai 2,500 ekor ikan.

“Selain ikan patin, saya turut membela ikan baung, talapia merah, kerai dan lampam.

“Patin yang diternak adalah terdiri daripada jenis patin buah, tinggi dan biasa yang sememangny­a mendapat permintaan tinggi selain ikan talapia yang dipasarkan ke serata negeri,” katanya.

Katanya, selain mengemari ikan patin, dia memilih menjadikan minatnya itu sebagai sumber pendapatan berikutan menyedari ikan berkenaan mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

“Membela ikan memang hobi saya kerana dengan melihat ikan dapat memberikan ketenangan dan menjadi terapi biarpun ia memerlukan kos tinggi terutama makanan ikan menggunaka­n pelet berkualiti.

“Antara cabaran terpaksa ditempuh ialah ketika menghadapi banjir besar dua tahun lalu dan yang paling memberi kesan pada musim El Nino dahulu, saya mengalami kerugian lebih RM50,000 apabila ikan di tujuh sangkar mati,” katanya.

Menurut bapa kepada empat anak itu, ikan patin sangkar Sungai Perak juga setanding dengan ikan patin di Temerloh, Pahang hasil maklum balas yang diterima daripada pelanggann­ya.

Ramai pelanggan mengatakan patin Sungai Perak dan Temerloh mempunyai kualiti sama dan saya juga mempunyai pelanggan tetap dari Pahang.

“Patin mempunyai omega tiga yang tinggi dan patin sangkar keluaran Sungai Perak juga mempunyai isi yang manis serta tidak berbau selain harganya lebih murah iaitu RM12 sekilogram (kg) untuk patin biasa manakala patin buah RM22 setiap kg,” katanya yang turut menyertai kursus perikanan anjuran Jabatan Perikanan.

 ??  ?? MOHD Jamil bersama sangkar ikan patin diternakny­a.
MOHD Jamil bersama sangkar ikan patin diternakny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia