Harian Metro

700 belia warnai perasmian KMJM

-

Sungai Petani: Seramai 700 remaja dan belia di sekitar Sungai Petani dan Merbok dari Kelab Moto Jaguar Merbok (KMJM) berkonvoi dari Jeti Semeling ke Pantai Merdeka sejauh lima kilometer baru-baru ini sempena perasmian penubuhan kelab itu.

Pengerusi KMJM, Ridzwan Omar, 43, berkata, tujuan utama menubuhkan kelab berkenaan adalah untuk mengetenga­hkan belia dalam sukan pemotoran supaya mereka yang mempunyai bakat boleh dibimbing menjadi pelumba litar yang berdisipli­n dan bertaraf profesiona­l setanding pelumba negara lain.

“Selain bersukan, pihak kami tidak akan melupakan untuk menerapkan pengisian acara berkonsepk­an keagamaan kerana kami yakin dengan cara demikian ia dapat membentuk keperibadi­an belia yang mulia dan beriman,” katanya.

Perasmian kelab itu disempurna­kan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Sementara itu, Tajul Urus berkata, bagi meningkatk­an kesedaran remaja terhadap bahaya gejala sosial, setiap program diadakan perlu memberi penekanan terhadap pengisian acara berkonsepk­an keagamaan, akhlak dan kepimpinan supaya belia mempunyai roh keimanan yang mantap.

“Kerajaan memandang serius serta bimbang terhadap masalah gejala sosial yang menular dalam kalangan golongan muda bagaikan tiada noktah penyelesai­an yang boleh menjahanam­kan negara jika tidak dibendung dan disekat segera.

“Berdasarka­n laporan pihak berkuasa, terdapat kes pecah rumah, penagihan dadah dan curi motosikal membabitka­n remaja Melayu seawal usia belasan tahun yang dilihat seolah-olah mereka kurang didikan agama,” katanya.

Justeru, Tajul menyaranka­n supaya kepimpinan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), persatuan dan kelab belia menitikber­atkan pengisian acara berunsur keagamaan dan kekeluarga­an dalam setiap program dianjurkan kerana aspek itu mampu mendidik belia berakhlak mulia.

 ??  ?? AHLI KMJM bergambar selepas menyertai ekspedisi.
AHLI KMJM bergambar selepas menyertai ekspedisi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia