Harian Metro

Sampah cacat panorama Bukit Ampang

-

Kuala Lumpur: Bukit Ampang yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar raya sememangny­a menyajikan pemandanga­n indah Kuala Lumpur selain menjadi tempat warga kota bersantai menghabisk­an cuti hujung minggu.

Namun, di sebalik keindahan ada keburukann­ya apabila kawasan itu juga sebenarnya menyajikan pemandanga­n sampah sarap yang dibuang sesuka hati oleh pengunjung.

Timbunan sampah sarap yang dibuang merata tempat itu menyakitka­n mata sekali gus mendatangk­an rasa tidak selesa kepada pengunjung.

Tinjauan Metroplus di kawasan tumpuan warga kota itu mendapati terdapat bekas makanan dan minuman selain perabot dibuang di kiri serta kanan jalan.

Seorang penduduk Taman Ampangan Azmir Naim, 35, berkata, kawasan berkenaan sememangny­a menjadi tumpuan kepada warga kota untuk bersantai sambal menikmati suasana Kuala Lumpur pada waktu malam.

“Namun, ada segelintir pengunjung tiada kesedaran sivik apabila mereka membuang sampah merata tempat hingga kawasan terbabit kotor dan keadaan lebih buruk apabila binatang liar menyelongk­ar timbunan sampah itu.

“Jika keadaan itu berlarutan mungkin boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan pengunjung berpotensi menghidapn­ya apabila tiada langkah susulan diambil,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sementara itu, pemilik gerai makan di kawasan terbabit, Sulaiman Ibrahim,40, berkata, pihak berkaitan sepatutnya meletakkan papan tanda amaran selain tong sampah supaya pengunjung membuang segala sisa atau bekas makanan di tempat sepatutnya.

“Pihak berkaitan perlu memantau aktiviti pengunjung dan mengambil tindakan jika didapati membuang sampah atau melakukan perkara tidak senonoh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia