Harian Metro

Rekaan julang nama negara

- Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

„ Pengecas peranti elektronik berkuasa solar menangi pingat emas di Ekspo Ciptaan di Taiwan

Penghasila­n pengecas peranti elektronik yang dikenali ‘Cryogenics’ oleh sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim di sini, berjaya menjulang nama negara dengan memenangi pingat emas dalam pertanding­an Ekspo Antarabang­sa Ciptaan dan Rekaan Kaohsiung di Taiwan baru-baru ini.

Inovasi itu dicipta bagi mengatasi masalah bateri peranti elektronik atau dikenali ‘power bank’ yang mudah panas dan terbakar sekali gus merosakkan telefon pintar.

Idea kreatif itu adalah ciptaan lima bekas pelajar tingkatan lima sekolah itu iaitu C Divandren, N Shatishawa­ran, Amirul Amnan Ismail, Nicholas Ryan Surin dan S Sharwen.

Ketua Pasukan, Divandren berkata, melihat kepada peranti elektronik itu yang mudah panas dan mengembang akibat penggunaan yang berlebihan, mendorong pasukannya itu mencipta produk inovasi lebih selamat dan mesra alam. “Cryogenics terdiri daripada satu panel solar yang dipasang dan sudah tentu tenaga solar mudah didapati.

“Pengecas peranti elektronik berkuasa solar mudah alih ini berstruktu­r lebih kecil dan mempunyai kos lebih rendah namun berfungsi sama seperti pengecas peranti elektronik lain,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Katanya, ia juga dilengkapi dengan dua kipas yang mampu menyejukka­n telefon pintar ketika sedang mengecas peranti itu.

“Dengan menggunaka­n Cryogenics, pengguna akan berasa lebih yakin bahawa mempunyai kuasa lebih stabil untuk mengecas peranti apabila diperlukan.

“Cryogenics juga berbentuk universal kerana sesuai digunakan kepada semua jenis peranti termasuk telefon pintar. Kos efektif jimat dan tahan lama selain mudah dibawa kerana saiznya yang kompak,” katanya sambil menambah inovasi kreatif ini turut mendapat anugerah khas dari Poland dan India dalam pertanding­an sama.

 ??  ?? PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim berjaya mencipta alat pengecas peranti elektronik bersama guru pembimbing Mahamad Hamid (tiga dari kanan).
PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim berjaya mencipta alat pengecas peranti elektronik bersama guru pembimbing Mahamad Hamid (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia