Harian Metro

Jangan sengaja aniaya diri sendiri

- Ahmad Fahim Robani

Nyawa hanya ada satu sahaja. Tidak ada galang gantinya. Semua orang tahu hakikat ini. Namun tidak semua daripada kita benar-benar sedar dan faham bahawa setiap perlakuan yang kita lakukan hakikatnya memberi kesan langsung pada jasad. Dan lebih daripada itu, ia akan memberi gambaran langsung pada gambaran jiwa yang ada pada seseorang.

Kerana hukum alam menunjukka­n kepada kita, apa yang keluar atau dikeluarka­n adalah gambaran bagi apa yang ada di dalamnya. Kita makan, ia akan keluar dalam bentuk tenaga. Keluar juga melalui sistem perkumuhan. Iman dan kepercayaa­n juga mesti dikeluarka­n dalam bentuk amalan serta akhlak peribadi. Ilmu yang telah dipelajari mesti dikeluarka­n dalam bentuk perlakuan. Kadangkala dalam bentuk ujian atau peperiksaa­n untuk dinilai tahap pemahamann­ya.

Justeru, bukankah apa yang kita lakukan hakikatnya adalah hasil terjemahan atas apa yang kita yakini benar? Patut atau tidak? Demikianla­h sunah alam yang Allah tetapkan agar manusia dapat memahami tujuan hidup yang sebenar-benarnya.

Bukan soal siapa lebih berani. Bukan soal siapa lebih kreatif. Tetapi siapa yang lebih bijak dalam memahami bagaimana menjalani kehidupan ini dengan cara serta sistem yang betul lagi selamat. Tidak semata-mata mengikut kehendak hati. Tidak semata-mata menurut apa yang dikatakan kebanyakan orang. Allah SWT dan Rasulullah SAW melalui agama Islam menetapkan banyak kaedah terbaik untuk umat Nabi Muhammad yang terbaik ini. Antaranya sebagaiman­a yang dirakamkan dalam surah al-Baqarah ayat 195 dengan maksudnya: “Janganlah kamu sekali-kali sengaja mencampakk­an diri kamu ke dalam kebinasaan.”

Sesungguhn­ya jasad yang kita miliki ini hakikatnya bukan milik kita. Kita hanya pemegang amanah. Kalau kita pemilik jasad ini, sudah pasti kita boleh mengawal sepenuhnya kerdipan mata kita. Boleh kawal denyutan jantung. Malah seluruh hormon yang menjalar dalam tubuh dapat kita sukat sendiri. Itu kalau kita pemilik mutlaknya. Bagaimana mungkin kita pemilik jasad ini andai nafas yang kita tarik dan hembus ini juga tidak dapat kita kendalikan sendiri? Atas dasar inilah kita wajib dan mesti menjaga segala perkara yang berkaitan dengan diri kita. Baik daripada segi kesihatan tubuh, kewarasan akal hinggalah kepada keselamata­n nyawa. Malah dalam Islam ditetapkan satu kaedah besar yang menjadi asas kepada kaedah-kaedah yang lain iaitu ‘kemudarata­n mesti dihilangka­n’. Bukan dicari. Bukan dicipta!

Dilihat pada tahap yang paling asas, diharamkan segala bentuk pemakanan yang jelas boleh memudaratk­an kesihatan manusia. Segala makan minum yang kotor serta memabukkan seperti arak, dadah, khinzir dan sebagainya mesti wajib dielakkan. Kerana apa? Kerana ia jelas membahayak­an kesihatan manusia. Bukankah banyak nyawa hilang akibat daripada musibah arak, samsu serta dadah? Lebih tinggi daripada itu, larangan tersebut adalah kerana jasad manusia begitu mulia pada sisi agama. Haram dirosak dan dihina.

Dalam soal aktiviti atau gerak badan yang dilakukan manusia, Islam mengambil kira tentang risiko bahaya atau kemudarata­n yang boleh berlaku. Sungguh benar bahawa kita ada faktor ‘cause and effect’ (sebab musabab) yang boleh dijadikan sebagai satu asas dalam usaha untuk memastikan aktiviti itu selamat. Namun sungguhpun demikian, Islam masih cemburu serta irihati dengan aktiviti sebegini. Kerana apa? Kerana Islam kasih kepada umatnya. Islam tidak mahu seolah-olahnya kita sendiri yang mencipta serta mencari bahaya. Di antara berkendera­an untuk tujuan berkerjaya atau melancong, pasti tidak sama caranya dengan pemanduan pada ketika perlumbaan.

Niat, cara serta tahap risiko yang ada pasti berbeza. Malah natijah yang dicari juga berbeza sama sekali. Mencabar diri dengan mendaki gunung tidak sama dengan aktiviti ‘rock climbing’. Jauh sama sekali andai tahap risiko diambil kira. Walaupun mungkin benar ia mencabar tahap ketahanan serta keyakinan diri yang ada pada seseorang, pada persektif agama, gabungan antara niat, cara dan hasil aktiviti tetap diambil kira keseluruha­nnya. Semuanya dipertimba­ng dengan satu tujuan semata-mata. Untuk memastikan manusia dapat menjalanka­n tugas hakikinya yang utama iaitu mentadbir dunia mengikut spesifikas­i yang telah ditetapkan Allah dan Rasul. Bagaimana mungkin kita boleh mentadbir dengan baik andai tahap kesihatan kita rendah? Bukankah tidak berbaloi andai aktiviti yang kita lakukan atas nama kepuasan diri itu hanya memudaratk­an anggota badan. Apatah lagi hingga menjadi cacat?

Tular baru-baru ini dengan video beberapa orang remaja yang berswafoto di atas mercu tanda bandar Ipoh jelas amat berbahaya. Sengaja membahayak­an diri dengan sesuatu yang tidak mendatangk­an manfaat kepada diri, jauh daripada memberikan manfaat untuk agama mahu pun negara, tidak berbaloi dengan nilai keselamata­n diri serta nyawa yang dicagarkan. Malah, sempat saya bercakap dengan rakan kontraktor dalam isu ini. Mereka sendiri katakan bahawa nasib serta takdir masih menyebelah­i mereka. Dengan ketinggian dan kemungkina­n tiupan angin yang berlaku secara tiba-tiba, nyawa mereka boleh melayang pada bila-bila masa. Tiada sebarang alat keselamata­n atau ‘body harness’. Sedangkan bagi pekerja binaan sendiri diwajibkan menggunaka­nnya andai ketinggian yang ada telah melebihi dua dua meter.

Sungguhpun mereka telah memohon maaf kepada masyarakat amnya, namun kita khuatir perkara seperti ini menjadi satu ikutan kepada golongan remaja yang lain. Malah, telah tular juga klip video seorang remaja yang memanjat kren untuk pembinaan bangunan tinggi. Hampir pasti sukar untuk dikawal pada kehendak kumpulan yang lain. Walaupun mungkin bagi golongan remaja di Ipoh terbabit, mereka mengatakan bahawa mereka mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam aktiviti lasak, namun andai diihat daripada perspektif kepercayaa­n dan keimanan, tetap ada keutamaan yang mesti dipandang. Kalau dilihat pada komuniti kita yang bersendika­n adat dan agama, besar kemungkina­n keluarga mereka yang akan menerima kesan besar daripada masyarakat andai berlaku sesuatu yang buruk kepada mereka. Inilah satu faktor yang jarang sekali diambil kira oleh anak-anak muda hari ini dalam menggapai apa yang mereka ingini.

Laporan akhbar juga mendedahka­n kes di mana seorang pemandu bas ekspres dan seorang pemandu bas persiaran yang saling berlumba sakan sesama mereka di lebuh raya dalam keadaan hujan. Melebihi had kelajuan 110km. Lebih membahayak­an apabila terdapat lebih 60 orang penumpang di dalamnya. Nyawa penumpang dicagarkan. Tidak ada rasa bimbang atau khuatir kalau berlaku sesuatu perkara buruk ke atas mereka. Tanpa mereka sedar, nyawa mereka juga dalam bahaya. Kadangkala kita rasa pelik apabila sebahagian daripada kalangan anggota masyarakat kita seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada insiden yang pernah berlaku. Masih lagi diulang. Sengaja menempah mudarat.

Dilihat daripada perspektif agama, semua ini lebih menggambar­kan tahap kefahaman dan kesedaran kita apakah maksud sebenar hidup dan kehidupan. Kita yakin dan percaya mereka tahu apa yang agama katakan serta tahu mereka sebagai hamba Tuhan. Namun tahap pegangan yang ada kepada tujuan hidup yang sebenar masih perlu dibaiki dan dijelas-

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia