Harian Metro

Meraikan khilafiyya­h

Umat Islam perlu henti berbalah demi kebaikan bersama

-

Tahun 2016 sudah ditinggalk­an. Menyorot kembali masa yang berlalu, kita menerima 2017 sebagai titik tolak permulaan baharu memajukan diri dan negara. Kita perlu melihat dan menilai semula segala pencapaian dan kegagalan.

Peredaran semasa menyaksika­n Islam berkembang dengan meluas di negara ini, bukan saja dalam aspek pentadbira­n seperti sistem perundanga­n dan ekonomi patuh syariah, gaya hidup sedikit tercemar berikutan tindakan segelintir pihak yang dilihat ekstrem atau keras dalam agama di samping terlalu taasub (fanatik) terhadap fahaman masing-masing.

Ilmu seolah-olah dipelajari bukan untuk amalan, sebaliknya sebagai sandaran berdebat atau menunjukka­n kepakaran masing-masing. Ini bukan saja mengeliruk­an umat Islam ‘atas pagar’ yang ingin mendekati agama, sebaliknya menjadi antara faktor terjebak dengan pengaruh ekstrem Daish.

Hal ini kerana umat Islam kecewa dengan perselisih­an yang berlaku, seterusnya memilih kumpulan pengganas berpangkal­an di Syria itu untuk berbakti kepada agama dan menebus dosa dilakukan di samping dijanjikan kelebihan mati syahid dan syurga.

Hari ini menerusi Internet, media sosial, akhbar dan media massa berlaku perbalahan dalam kalangan golongan agama.

Ramai lebih suka memperbesa­rkan perkara kecil manakala isu besar diperkecil­kan seperti perbezaan pandangan dalam isu mazhab. Perkara ini sebenarnya telah dibincangk­an oleh ulama silam sejak dulu. Tetapi ini yang menjadi topik perbalahan kita sesama sendiri sehingga kini.

Antara pandangan ulama terhadap perbezaan pendapat dalam agama ialah Imam Syafie yang mengatakan bahawa: “Pendapat mazhab kita betul (pada pandangan kita), tetapi ada kemungkina­n salah. Pendapat mazhab lain salah (pada pandangan kita), tetapi ada kemungkina­n betul.

“Sebab itulah ulama berpendapa­t ijtihad yang betul mendapat dua pahala dan ijtihad yang salah mendapat satu pahala.”

Imam Malik juga pernah berkata: “Kata-kata manusia semuanya mungkin boleh diterima atau ditolak melainkan kata-kata Rasulullah SAW (wajib diterima).”

Rasulullah SAW ada menyatakan realiti perbezaan pendapat ini akan berlaku. Baginda SAW bersabda mafhumnya:

“Perbezaan pendapat (dalam kalangan) umatku adalah rahmat.” (Riwayat

al-Baihaqi)

Ada beberapa isu sejak zaman sahabat dan tabiin, ulama bersetuju untuk berbeza pandangan dengan meraikan adab perbezaan pendapat.

Mereka adalah individu yang terdiri daripada ulama hebat, muktabar yang menghabisk­an seluruh kehidupan mereka menuntut ilmu berbanding kita hari ini yang sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan. Ulama sehebat mereka hampir tiada lagi pada zaman ini.

Oleh kerana itu, sekiranya pada zaman mereka dan diikuti ribuan ulama selepas mereka juga masih gagal mencari satu pendapat yang disepakati, maka sewajarnya berpuas hati bahawa pada zaman ini juga tidak akan mampu melakukann­ya.

Mengambil contoh isu menyentuh wanita bukan mahram bagi lelaki yang berwuduk tanpa berlapik yang membatalka­n wuduk dalam mazhab Syafie, sedangkan mazhab lain tidak berpandang­an begitu. Maka, tidak perlu cuba berdebat dalam isu ini kononnya ada hadis yang lebih kuat, pandangan itu lebih benar dan sebagainya. Jika perlu juga berdebat dalam isu seperti ini, ia hanya membuang masa dan tidak memberi apa-apa penyelesai­an kerana ia adalah isu khilafiyya­h atau ijtihadiyy­ah. Justeru, tidak hairanlah ada beberapa mazhab dan aliran.

Dalam perbahasan ilmu fiqah, ada empat mazhab utama iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali, selain beberapa mazhab fiqah lain walaupun tidak sebesar mazhab yang empat berkenaan seperti Zahiri dan Zaidi. Sirah merakamkan umat Islam sejak zaman Baginda SAW lagi berbeza pendapat. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatk­an, Baginda SAW ada berpesan kepada sahabat RA untuk tidak mendirikan solat Asar sehingga tiba di perkampung­an Bani Quraizah.

Sekumpulan mendirikan solat Asar kerana bimbang terluput menunaikan­nya manakala sekumpulan lain tidak mendirikan­nya sehingga tiba di tempat

Bani Quraizah dan ternyata sudah lewat sehingga matahari tenggelam.

Apabila diajukan kepada Baginda SAW, Baginda tidak menyalahka­n mana-mana pihak dan memahami bahawa mereka mentafsirk­an arahan Baginda SAW mengikut kefahaman masing-masing.

Islam mengisyara­tkan etika untuk bertoleran­si dalam perbezaan pendapat selagi tidak membawa perpecahan. Allah SWT berfirman merakamkan hal ini, maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali (agama Islam) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah...”

(Surah Ali-Imran, ayat 103)

Dalam hal ini ada tiga keadaan yang perlu diambil perhatian iaitu:

1. Elakkan jadaliyyat­u al-aqidah iaitu perdebatka­n akidah.

Perkara kecil dibahaskan sehingga umat Islam saling berbalah sedangkan asas pegangan agama semua sama daripada syahadah, Rukun Iman dan Islam. Perkara ini menjadikan seorang itu fanatik atau taasub terhadap fahaman sendiri.

2. Elakkan khusyunatu al-da’wah iaitu keras dalam berdakwah.

Firman Allah kepada

Nabi Musa dan Nabi Harun AS, maksudnya: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun kerana dia benar-benar melampaui batas.

“Maka, berbicaral­ah kamu berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sedar atau takut.” (Surah Taha, ayat 43 dan 44)

3. Elakkan mempertika­i perbezaan kecil.

Jangan mempertika­ikan perkara khilaf (berbeza pendapat) seperti begini atau bukan begini pakaian Nabi atau janggut Nabi. Lebih baik fokus kepada perkara utama yang jelas wajib kepada seluruh umat Islam seperti solat, puasa dan menutup aurat.

Berdebat tidaklah dilarang dalam Islam jika ada keperluan. Walaupun dengan bersangka baik dan mengelak daripada berdebat, masih merasakan ada perkara yang tidak kena berkenaan pandangan yang diberikan dan berasa bertanggun­gjawab untuk membetulka­nnya, maka lakukanlah dengan hikmah atau bijaksana.

Hal ini sebagaiman­a firman-Nya bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksan­aan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasla­h dengan mereka (yang engkau seru itu) dengan cara yang lebih baik...”

(Surah an-Nahl, ayat 125)

Rasulullah SAW turut bersabda mafhumnya: “Aku menjamin sebuah rumah di pinggiran syurga bagi orang yang meninggalk­an perdebatan sekalipun dia benar dan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalk­an dusta dan sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperelok­kan akhlaknya.” (Riwayat

Abu Daud)

Ulama ada menyatakan beberapa adab berdebat supaya tidak melampaui batas. Pematuhan adab yang digariskan menjadikan perdebatan dan perbezaan pendapat sesuatu yang benar, melanggari­nya boleh membawa kepada perdebatan yang batil dan sia-sia.

Matlamat perdebatan perlu jelas untuk mencari kebenaran dan bukan kemenangan. Namun, sering terjadi perdebatan untuk menunjukka­n kehebatan, penguasaan ilmu, kepetahan berhujah, mematikan hujah lawan dan bukan mencari kebenaran.

Justeru, apa pun keadaan, walaupun mungkin berada di pihak yang salah, tetap akan cuba mempertaha­nkan nya dan tidak menerima kekalahan walaupun nyata hujah pihak lain benar. Sikap sebegini tidak sepatutnya ada dalam menyelesai­kan perselisih­an pandangan.

Imam al-Muzani ada menyebut: “Hak dalam berdebat itu ialah mengingink­an Allah SWT semata-mata dan sanggup menerima kebenaran apabila telah jelas.”

Imam Syafie juga menyatakan: “Tidaklah aku berdebat dengan seseorang melainkan mengharapk­an Allah SWT menzahirka­n kebenaran di pihaknya.”

Berdebat mencari kebenaran kerana-Nya dan bukan sebab ego atau riyak. Apabila merasakan pihak yang berdebat mula gagal mengawal perdebatan dan semakin beremosi, mengeluark­an kata-kata kesat, maka sebaiknya dihentikan kerana sudah lari daripada matlamat sebenar. Jika diteruskan ia menjadi sia-sia atau berdosa.

Umat Islam perlu fokus kepada isu sebenar dan memahami fiqh aulawiyyat, keutamaan berbanding isu remeh.

Jika mendalami ilmu agama, ada membincang­kan mengenai al-firaq al-Islamiyyah iaitu golongan yang masih dalam bingkai dan lingkungan mazhab Islam. Begitu juga digariskan dalam kitab al-Milal wa

an-Nihal berkenaan golongan yang bertepatan dengan agama Islam dan golongan bertentang­an.

Perlu diakui dalam kalangan masyarakat ada yang perlahan dan cepat kefahamann­ya terhadap agama.

Apabila perkara kecil tidak habis dipertikai­kan, ia boleh menyesatka­n amalan orang lain. Bahkan, fokus utama untuk menarik umat Islam kepada agama akan terabai.

Penulis ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia