Harian Metro

‘Melayu Albino’ tak kisah gelaran

RHYS memakai kain pelekat ketika bercuti di Hutan Royal Belum, Perak.

-

Kuala Lumpur: Lahir dan dibesarkan di United Kingdom tetapi lelaki ini tidak kekok menyesuaik­an diri di negara ini dan selesa dengan adat serta budaya masyarakat Melayu.

Malahan, dia fasih berbahasa Melayu sejak menetap di negara ini tiga tahun lalu. Disebabkan itu Rhys William, 24, digelar ‘orang Melayu albino’ oleh rakyat tempatan ketika menjalani rakaman di Hutan Royal Belum, Perak, dua bulan lalu. Katanya, gelaran itu juga diberikan disebabkan keselesaan­nya memakai kain pelekat dan makan menggunaka­n tangant.

“Saya tidak kisah dengan gelaran itu kerana seronok menjadi ‘orang Melayu’ dan itu tidak bermakna saya melupakan asal usul.

“Menjadi ‘orang Melayu’ membuat saya berasa lebih dekat dengan penduduk tempatan dan mudah berinterak­si dengan mereka bagi mempelajar­i lebih banyak budaya serta adat Melayu,” katanya.

Rhys berkata, dia ‘jatuh hati’ dengan Malaysia ketika

pertama kali mengunjung­i negara ini sebagai pelancong pada 2012 lalu mendorongn­ya datang kembali ke negara ini setahun kemudian.

“Saya bercadang menetap terus di negara ini dan keputusan ini dipersetuj­ui keluarga,” katanya.

“Setakat ini, saya menjelajah semua negeri kecuali Sabah dan bercadang ke sana tidak lama lagi,” katanya.

Pereka laman web sambilan itu berkata, dia memilih menetap di negara ini disebabkan tertarik dengan keunikan kepelbagai­an budaya di setiap negeri berbanding di negara kelahirann­ya.

“Sebagai contoh di Kelantan, bukan saja berbeza dari segi dialek bahasa, tetapi juga makanannya.

“Biasanya saya memperuntu­kkan seminggu jika pergi ke sebuah negeri supaya dapat mengetahui lebih banyak keistimewa­an di negeri terbabit,” katanya.

Katanya, dia menawarkan diri menjadi pemandu pelancong kepada rakan yang melancong ke negara ini sebagai satu usaha mempromosi­kan Malaysia kepada pelancong antarabang­sa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia