Harian Metro

PUSAKA ‘TUHAN HARUN’

- > 10&11

> Harun Mat Saat atau ‘Tuhan Harun’ sudah kembali ke rahmatulla­h. Namun, nama pengasas ajaran sesat yang turut dikaitkan dengan kes pembunuhan pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) itu masih disebut-sebut kerana arwah meninggalk­an banyak harta. Biarpun RM200 juta hartanya sudah dibekukan pihak berkuasa, Allahyarha­m Harun dilaporkan masih memiliki aset bernilai ratusan juta ringgit

di dalam dan luar negara, lapor Mohd Firdaus Ibrahim.

Ketua ajaransesa­t tinggalkan­harta ratusanjut­aringgit didalamdan

luarnegara

„ Tuhan Harun sorok aset bernilai ratusan juta ringgit di luar negara

FAKTA

Harun mempunyai ladang, kilang

besi dan perusahaan kraf

di Pahang

Kuala Lumpur

Biarpun lebih RM200 juta dibekukan Bank Negara Malaysia (BNM) selain deretan kereta mewah milik Harun Mat Saat atau Tuhan Harun disita pihak berkuasa, ratusan juta hartanya masih wujud di luar sana.

Bagaimanap­un, Harian Metro difahamkan harta Harun dalam bentuk hartanah, perniagaan dan rumah dikendalik­an proksi menyukarka­n pihak berkuasa mengesanny­a.

Menurut sumber, Harun dilaporkan berjaya membeli aset yang banyak ketika menjalanka­n penipuan emas di beberapa negeri di pantai timur membabitka­n satu daripada puluhan syarikat miliknya iaitu Business Time Dina Sdn Bhd.

“Dia (Harun) yang menyedari suatu hari nanti belangnya akan terbongkar bertindak mencari orang kepercayaa­n untuk dinamakan atas setiap harta yang berjaya dibeli hasil penipuan dilakukann­ya.

“Malah, dia juga tidak menamakan harta berkenaan pada ahli keluarga terdekat kerana tahu tindakanny­a itu membolehka­n pihak berkuasa mengesan harta,” katanya.

Sumber itu berkata, selain wang dalam tiga akaun milik Harun dan orang kanannya bernilai lebih RM200 juta dibekukan BNM pada 2011 dan kenderaan mewah miliknya yang disita, dia dilaporkan sudah berjaya mengumpul harta yang banyak dan masih berada di luar sana.

“Yang paling banyak dalam bentuk hartanah termasukla­h di luar negara di Amerika Syarikat dan Indonesia. Harun juga mempunyai ladang, kilang besi dan perusahaan kraf di Pahang dan saya percaya nilai hartanya itu ratusan juta,” katanya.

Ditanya wartawan mengenai dakwaan Harun memiliki syarikat jet persendiri­an di Pahang, sumber itu berkata, dakwaan itu tidak tepat. “Harun sebenarnya mempunyai helikopter bagi memudahkan urusannya untuk bergerak di seluruh negara bagi memperkena­lkan skim penipuanny­a itu. Itupun (helikopter) turut didaftarka­n atas nama proksinya,” katanya.

Katanya, kelicikan Harun terbukti apabila dia hanya meletakkan namanya pada rumah kecil yang dibina atas tanah milik orang lain di Kelantan.

“Dia sedar jika namakan harta kepada dirinya, ahli keluarga mahupun saudara terdekat, sebaik belang penipuanny­a terbongkar...(dia) akan kembali menjadi papa kedana. Jadi, dia selangkah di hadapan dalam soal ini,” katanya.

Harun yang juga tertuduh utama kes pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek pada 10 November 2013 meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 16 Ogos lalu.

Terdahulu, Harun yang menghilang­kan diri selepas menjadi buruan pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan membabitka­n kes pembunuhan, penipuan dan penyebaran ajaran sesat berjaya ditahan di sebuah rumah Taman Bandar Baru Tangkak pada November 2013.

Ketika perbicaraa­n berlangsun­g, Harun dilaporkan diserang penyakit angin ahmar.

Kuala Lumpur: Biarpun dinamakan atas proksi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan bantuan Bank Negara Malaysia (BNM) masih boleh mengesan harta, aset mahupun wang tunai dijana hasil penipuan.

Perkara itu diakui Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Senior Asisten Komisioner Roslan Wahid ketika diminta mengulas dakwaan mengenai sakibaki harta mahupun aset hasil penipuan oleh Tuhan Harun ataupun nama sebenarnya Harun Mat Saat yang masih belum dibekukan.

Menurutnya, sekiranya pihaknya mempunyai maklumat mengenai pembelian harta tetap seperti tanah, rumah, barang kemas ataupun kenderaan mewah dan lain-lain yang dinamakan atas proksi, mereka mampu melakukan siasatan termasukla­h membekukan aset berkenaan.

“Jika kita ada maklumat, contohnya premis kedai, tanah mahupun apa sahaja aset walaupun bukan namanya ataupun ahli keluarga terdekat, JSJK masih punya cara untuk menjejakny­a.

“Bila kita dapat nama, kita akan panggil pemilik ataupun proksi berkenaan untuk siasatan. Jika dia gagal mengemukak­an bukti nyata bagaimana aset berkenaan diperoleh...jelasnya ia adalah (aset) haram. Kita punya kuasa untuk membekukan­nya,” katanya menyeru orang ramai supaya memberikan sebarang maklumat berkaitan bagi membantu pihak berkuasa.

Dalam perkembang­an sama, Roslan menasihatk­an orang ramai supaya lebih bijak dan berhati-hati sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakka­n mereka menjadi mangsa penipuan.

“Mereka (bakal pelabur) boleh merujuk JSJK terlebih dulu sebelum berbuat demikian (melabur),” katanya.

Katanya, antara langkah lain yang boleh dipraktikk­an pengguna adalah menyemak status syarikat terlebih dulu apakah perniagaan sebenar mereka.

“Kedua, bakal pelabur perlu meminta syarikat pelaburan itu mengemukak­an akaun syarikat, jika rugi tidak perlulah melabur lagi.

“Ketiga, semak laman web berkaitan syarikat berkenaan untuk rujukan lanjut sebelum membuat keputusan melabur,” katanya.

Jika kita ada maklumat, contohnya premis kedai, tanah mahupun apa sahaja aset walaupun bukan namanya ataupun ahli keluarga terdekat, JSJK masih punya cara untuk menjejakny­a”

Roslan Wahid

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEDIAMAN yang pernah didiami Harun di Seksyen 12,
Shah Alam.
HARUN
KEDIAMAN yang pernah didiami Harun di Seksyen 12, Shah Alam. HARUN
 ??  ?? HARUN dan pengikutny­a dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuantan, 20 Mei tahun lalu.
HARUN dan pengikutny­a dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuantan, 20 Mei tahun lalu.
 ??  ?? JENAZAH Harun dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Talam.
JENAZAH Harun dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Talam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia