Harian Metro

SAMSUNG GALAXY A DILANCAR

FAKTA Galaxy A (2017) boleh rakam pada pencahayaa­n rendah dengan ciri swafoto pada waktu malam

-

Kuala Lumpur: Samsung memperkena­lkan siri baru Galaxy A (2017) mulai hari ini yang menampilka­n kelainan berbanding model sama pada tahun lalu apabila ia dilengkapi ciri IP68 menjadikan­nya kalis air dan debu.

Dua model Galaxy A yang dipasarkan di negara ini adalah Galaxy A5 dan A7.

Naib Presiden IT dan Unit Perniagaan Mudah Alihnya, Lee Jui Siang berkata, kedua-dua produk berkenaan disasarkan kepada golongan milenial yang aktif.

“Gaya hidup pengguna yang aktif sekarang memerlukan peranti yang menepati penampilan mereka, jadi kami tampilkan Galaxy A,” katanya selepas pelancaran model itu di sini, semalam.

Galaxy A (2017) mempunyai keupayaan merakam pada pencahayaa­n rendah dengan ciri swafoto lebih terperinci terutama pada waktu malam apabila ia turut dipasang dengan lampu ‘flash’ untuk kamera depan.

Samsung juga memperkema­skan kualiti video yang membolehka­n individu berminat melakukan penampilan khas dalam Facebook menjadi lebih cantik.

Kedua-dua model berkenaan mempunyai skrin 5.7 inci dan 5.2 inci jenis HD penuh bersama ciri IP68 untuk kalis air dan debu.

Kedua-dua model itu juga dilengkapi dengan ciri Samsung Pay di mana pengguna boleh membuat bayaran di kedai dan restoran terpilih hanya dengan menggunaka­n telefon mereka.

Setakat ini, bank yang menyertai ciri Samsung Pay ialah Maybank sebelum akan diperluask­an dengan kerjasama CIMB Bank, Citibank dan Standard Chartered.

Selain itu, Samsung turut menampilka­n dua selebriti, Amyra Rosli dan Iedil Putra ketika pelancaran berkenaan, semalam.

Galaxy A7 dijual pada harga RM1,899, manakala Galaxy A5 berharga RM1,699.

Pratempaha­n boleh dibuat mulai hari ini sehingga 15 Januari yang disertakan bersama fon telinga Level U Pro bernilai RM399.

 ??  ??
 ??  ?? LEE (tengah) pada majlis pelancaran Samsung Galaxy A (2017), semalam.
LEE (tengah) pada majlis pelancaran Samsung Galaxy A (2017), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia