Harian Metro

PINJAM ‘DREBAR HALIMUNAN’

„ Syarikat sengkek upah pemandu kedua untuk elak tindakan JPJ

- Kalidevi Mogan Kumarappa Kalidevi@hmetro.com.my

Guna khidmat pemandu bas kedua ‘halimunan’ bagi memperdaya dan mengelak dikenakan tindakan penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Itu antara taktik licik digunakan pengusaha bas ekspres sepanjang operasi dilakukan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Cheras di sini.

Taktik itu terbongkar apabila pemandu kedua itu didapati ‘ghaib’ sejurus bas ekspres sama ditahan JPJ di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau plaza tol.

Kesalahan itu dikesan wartawan dan jurugambar hasil penyamaran di beberapa terminal bas bersama anggota penguat kuasa JPJ Putrajaya sejak kelmarin.

Pemandu bas yang enggan dikenali berkata, ada segelintir syarikat bas ekspres sememangny­a tidak menyediaka­n pemandu kedua.

“Kami sudah tahu mengenai operasi Op Jalan yang dijalankan JPJ sempena cuti perayaan Krismas dan Tahun Baru ini. Biasanya kami akan ‘meminjam’ pemandu kedua daripada syarikat bas lain.

“Biasanya pemandu kedua ini akan berlakon turut sama menaiki bas di terminal bagi mengelak dikenakan tindakan ketika pemeriksaa­n di terminal,” katanya kepada wartawan yang menyamar sebagai penumpang di TBS.

Bagaimanap­un menurutnya, pemandu kedua itu akan diturunkan di pintu keluar terminal sebaik bas bergerak.

“Masih banyak syarikat bas yang memaksa seorang pemandu untuk memandu pada jarak lebih 300 kilometer bersendiri­an, ” katanya.

Menurutnya, seorang pemandu bas yang memandu pada jarak jauh tanpa rehat adalah punca utama kemalangan seperti yang berlaku di Pagoh, Johor sebelum ini.

“Mereka hanya mengutamak­an keuntungan, tetapi nyawa penumpang tidak diberi keutamaan.

“Sepatutnya Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) dan Kementeria­n Pengangkut­an menggantun­g permit seminggu kepada mana-mana syarikat yang melakukan kesalahan tiada pemandu kedua buat kali pertama, ” katanya.

Katanya, seterusnya jika kesalahan berulang, SPAD wajar mengikuti saranan Kementeria­n Pengangkut­an untuk membatalka­n permit syarikat itu terus.

Mengulas lanjut, Pengarah Penguatkua­saan JPJ Malaysia, Datuk V Valluvan yang mengakui keadaan itu berkata, JPJ akan membuat siasatan terperinci mengenai pemandu kedua halimunan itu.

Katanya, ketika pemeriksaa­n dijalankan di terminal, hampir 99 peratus bas mempunyai pemandu kedua.

“Bagaimanap­un apabila bas sama diperiksa di R&R atau selepas plaza tol, pemandu kedua itu didapati ghaib, ” katanya.

Menurutnya, sebanyak 123 bas diambil tindakan kerana tidak mempunyai pemandu kedua sepanjang operasi dijalankan sejak Krismas lalu hingga minggu ini.

 ??  ??
 ??  ?? PEMANDU berumur menyerahka­n lesen kepada anggota JPJ selepas bas dipandu ditahan.
PEMANDU berumur menyerahka­n lesen kepada anggota JPJ selepas bas dipandu ditahan.
 ??  ?? DUA anggota JPJ memeriksa lesen dan permit pemandu bas ekspres dalam pemeriksaa­n di TBS Cheras.
DUA anggota JPJ memeriksa lesen dan permit pemandu bas ekspres dalam pemeriksaa­n di TBS Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia