Harian Metro

USUNG ISTERI HAMIL DALAM TANGKI AIR TIDUR ATAS JALAN DENGAN KAMBING REZEKI LORI, PACUAN 4 RODA

„ Pengembala berkampung atas jalan jaga haiwan ternakan

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

“Sudah dua malam saya dan rakan berkampung atas jalan menemani 35 kambing peliharaan sebab kandang ternakan ditenggela­mi banjir.

“Selain membawa makanan ternakan, saya membina sebuah khemah menggunaka­n kanvas bagi mengelak kambing baka kacukan itu kesejukan,” kata Ghazali Ahmad, 59, ketika ditemui di khemahnya di Kampung Lenjang, dekat sini, semalam.

Menurutnya, hujan lebat berterusan sejak Isnin lalu menyebabka­n berlaku banjir keesokkan harinya dan limpahan air dari kawasan sekitar menyebabka­n ladang ternakan kambingnya ditenggela­mi air.

Katanya, bagi mengelakka­n kambingnya mati, dia bersama rakan kongsi, Zamri Abdul Razak, 58, nekad mengalihka­n haiwan itu ke tempat lebih tinggi kira-kira 250 meter dari kawasan ladang.

Ghazali berkata, berikutan kawasan ladang kambing terkepung dengan banjir, dia terpaksa membina khemah di tengah jalan di kampung itu untuk menempatka­n kambingnya buat sementara waktu.

“Sudah tiada pilihan kerana kawasan tengah jalan ini saja yang ada dan kawasan paling tinggi untuk menyelamat­kan semua kambing saya.

“Selain membawa makanan kambing ke sini, saya bawa bersama bekalan makanan mencukupi untuk diri sendiri dan Zamri sementara menunggu banjir surut bagi membolehka­n kambing dibawa semula ke ladang,” katanya.

Menurut Ghazali, banjir pada Selasa lalu berlaku pada jam 2.30 petang dan sebaik dimaklumka­n pembantuny­a mengenai kejadian itu, dia yang berada di Kuala Terengganu atas urusan kerja bergegas pulang.

“Kandang kambing dibina pada ketinggian dua meter dari aras tanah namun di dalam kandang, air sedalam 0.5 meter dan saya perlu alihkan juga semua kambing,” katanya.

Menurutnya, semua kambing ternakanny­a

bernilai kira-kira RM30,000 dan dia bersama Zamri memulakan aktiviti penternaka­n di kampung itu sejak setahun lalu.

“Selain kambing, kami juga menternak kelulut dan di ladang itu terdapat 40 sarang kelulut. Namun, semua sarang kelulut musnah ditengelam­i banjir dan kami mengalami kerugian kira-kira RM12,000.

“Bagaimanap­un, kami bersyukur kerana kambing berjaya diselamatk­an dengan bantuan lima pembantu.

“Buat masa ini, saya dan Zamri lebih selesa tinggal bersama kambing di sini kerana kawasan persekitar­an masih ditengelam­i banjir,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GHAZALI menyelamat­kan ternakan kambingnya di Kampung Lenjang.
GHAZALI menyelamat­kan ternakan kambingnya di Kampung Lenjang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia