Harian Metro

EMAS, TUNAI BERNILAI RM2.6 JUTA LAGI DITEMUI

-

Anak sulung Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Mohd Arif Ab Rahman yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin menangis teresak-esak dalam dewan Mahkamah Majistret, di sini, merayu supaya tidak dikenakan perintah tahanan reman.

Dia yang berusia 34 tahun memohon Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman supaya membebaska­nnya memandangk­an isterinya sedang sarat mengandung dan menunggu hari untuk melahirkan anak kedua.

Tambahan pula, dia memaklumka­n tiada siapa yang dapat menjaga anak sulungnya yang berusia dua tahun dan terpaksa menumpang di rumah kawan.

Bagaimanap­un, Nik Isfahanie Tasnim tidak membenarka­n rayuan itu dan menetapkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 11 Januari ini.

Namun, dimaklumka­n dia boleh pulang ke rumah jika mempunyai sebarang kecemasan sepanjang tempoh direman.

Selain itu, bapanya yang berusia 59 tahun dan adiknya berusia 29 tahun turut direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes menyalahgu­nakan kuasa, jawatan dan kedudukan untuk menerima rasuah.

KSU berkenaan ditahan di kediamanny­a Subang Jaya, Selangor kira-kira jam 8 pagi, semalam manakala kedua-dua anak lelakinya ditahan di Ibu Pejabat SPRM, di sini, selepas selesai memberi keterangan.

Kedua-dua anak lelaki Mohd Arif itu adalah pengurus di dua syarikat berbeza.

Terdahulu, mereka dibawa ke mahkamah jam 9.40 pagi dengan memakai baju lokap

SPRM berwarna jingga sambil menutup muka masing-masing dengan baju dan diiringi pegawai SPRM.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib berkata, siasatan terhadap ketiga-tiga individu itu dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sementara kedua-dua anaknya disiasat kerana dipercayai bersubahat.

Kelmarin SPRM merampas jongkong emas, beg tangan berjenama dan jangan tangan mewah bernilai lebih RM3 juta dalam pemeriksaa­n hampir 12 jam di rumah KSU berkenaan yang terletak di Subang Jaya, Selangor.

Antara jenama beg tangan yang dirampas termasuk Prada, Louis Vuitton dan Channel manakala jam tangan pula ialah Swarovski.

SPRM turut merampas dokumen daripada peguam Mohd Arif di pejabatnya di Puchong yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM.

 ??  ??
 ??  ?? TERTUDUH dibawa anggota SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya.
TERTUDUH dibawa anggota SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia