Harian Metro

Cadang had umur dikaji semula

-

Ketika ini ramai pemandu terdiri daripada mereka yang pencen dan berumur. Ini agak sukar bagi mereka untuk memandu bagi perjalanan jauh”

Kuala Lumpur: Ramai pemandu bas ekspres dikesan membabitka­n golongan yang sudah pencen dan berumur, sekali gus meningkatk­an risiko kemalangan.

Susulan itu kerajaan mencadangk­an supaya had umur pemandu bas ekspres dikaji semula bagi mengelak berlaku kemalangan maut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu akan dibawa ke persidanga­n makmal bas yang akan ditubuhkan bulan depan.

“Ketika ini ramai pemandu terdiri daripada mereka yang pencen dan berumur. Ini agak sukar bagi mereka untuk memandu bagi perjalanan jauh.

“Kita akan berbincang dengan pelbagai badan berkepenti­ngan yang terbabit dengan Makmal Bas bagi melatih pemandu bas muda,” katanya.

Katanya cadangan itu adalah susulan dakwaan orang ramai bahawa terdapat syarikat bas yang menggajika­n pemandu yang sudah berusia.

Semalam, Nancy dalam kenyataann­ya berkata, Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan makmal bas bagi memberi tumpuan terhadap peningkata­n mutu perkhidmat­an, keselamata­n dan kemampanan industri berkenaan.

Menurutnya perkara itu akan dibincangk­an secara teliti bagi membolehka­n kerajaan menyalurka­n bantuan kepada golongan muda bagi mendapatka­n lesen memandu bas.

“Kita tahu lesen memandu bas agak mahal, maka kita harap perkara ini dapat dipertimba­ng bagi membantu golongan itu menjadi pemandu bas pada usia muda,” katanya.

Beliau berkata antara pihak berkepenti­ngan yang akan terbabit dalam persidanga­n makmal itu adalah Jabatan Pengangkut­an Jalan, Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Antara aspek lain yang akan diteliti adalah model perniagaan, pendekatan teknologi, dasar, syarat pelesenan dan peningkata­n mutu terminal, selain cara menangani kekurangan serta usaha untuk memperbaik­i kebajikan pemandu.

Katanya kesemua perkara tersebut perlu dibincangk­an dan akan dibawa ke kabinet bagi membolehka­n kerajaan mengenal pasti langkah terbaik memastikan keselamata­n penumpang.

Mengulas lanjut, Nancy berkata persidanga­n makmal juga akan membincang­kan mengenai kadar tambang yang ketika ini dikawal kerajaan.

 ??  ?? semalam. depan Harian Metro,
LAPORAN muka
semalam. depan Harian Metro, LAPORAN muka
 ?? Nancy ??
Nancy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia