Harian Metro

‘Jangan buat andaian’

„ Bapa nafi Nor Azimah kahwini rakyat Arab Saudi ketika hilang

-

“Saya menafikan anak saya (Nor Azimah, 32) berkahwin dengan rakyat Arab Saudi sepanjang tempoh kehilangan­nya,” kata Ibrahim Abdul Rahman, 54, bapa kepada jemaah wanita Malaysia yang hilang ketika menunaikan umrah pada Disember 2015.

Penantian keluarga Nor Azimah, 32, selama lebih setahun akhirnya terungkai apabila wanita itu pulang ke tanah air, kelmarin, namun masih dalam keadaan bingung dan dalam proses menenangka­n diri.

Menceritak­an kejadian itu, Ibrahim berkata, dia bersama isterinya, Zamhani Zakaria, 53, dan anak sulung daripada 11 beradik itu pergi menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Madinah.

“Bagaimanap­un, dia (Azimah) tidak mahu pulang ke hotel dan memberitah­u mahu berada di masjid seketika.

“Menyedari ketiadaann­ya sehingga petang 19 Disember itu, kami membuat laporan kepada pihak berkaitan dan terkejut dimaklumka­n dia menerima rawatan di hospital. Apabila diperiksa, dia menghilang­kan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kebun, Seksyen 30, di sini, semalam.

Nor Azimah yang mempunyai anak perempuan, Nur Aufa Mohd Haris, 5, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjaka­n umrah pada 11 Disember tahun sama sebelum dikesan hilang.

Abdul Rahman menafikan dakwaan anaknya yang juga bekas guru Bahasa Arab itu berkahwin dengan rakyat negara berkenaan.

“Saya cuma dimaklumka­n Azimah dibantu penduduk Madinah yang mengambiln­ya bekerja sebagai pembantu rumah.

“Dia tiada bercakap soal perkahwina­n itu dan berharap dakwaan itu tidak menjadi spekulasi mana-mana pihak. Saya cuma meminta rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik untuk keluarga kami,” katanya.

Katanya, dia membawa Nor Azimah menunaikan umrah bertujuan menaikkan semangat hidup ibu tunggal yang bercerai sekitar 2014 itu.

Dia tak cakapsoal perkahwina­n

itu

Ibrahim Abdul Rahman

 ??  ?? IBRAHIM bersama Zamhani dan Nur Aufa ketika ditemui wakil media di kediamanny­a di Jalan Kebun.
IBRAHIM bersama Zamhani dan Nur Aufa ketika ditemui wakil media di kediamanny­a di Jalan Kebun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia