Harian Metro

Harap sinar Glasgow

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Selepas kempen cemerlang sepanjang tahun lalu, Kejohanan Dunia di Glasgow Ogos ini diharap memberi sinar cerah buat pemain negara yang mempunyai prospek untuk meraih dua kejuaraan.

Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd Majid berkata, prospek utama sudah tentu terarah kepada pemain perseorang­an negara Datuk Lee Chong Wei (gambar).

“Seperti yang kita ketahui, satu takhta kejuaraan yang masih belum dimenangin­ya adalah Kejohanan Dunia.

“Ketika ini juga kita mempunyai beregu lelaki yang menduduki ranking pertama dunia (Goh V Shem-Tan Wee Kiong).

“Saya pasti mereka juga mahu berusaha untuk muncul juara dunia,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco BAM semalam.

Selain itu, beliau berpendapa­t Sukan SEA yang menyaksika­n Malaysia selaku tuan rumah adalah antara kejohanan utama yang perlu diberi tumpuan musim ini.

“Saya tidak dapat memberikan sasaran yang khusus berapa banyak emas yang harus dimenangi tapi kita perlu menjadi yang terbaik,” katanya.

Tahun lalu paling cemerlang buat skuad badminton negara apabila meraih tiga pingat perak Sukan Olimpik Rio.

Sementara itu, mengulas keputusan Chong Wei untuk berehat seketika dan kembali beraksi di Seluruh England Mac ini, Al Amin menegaskan pihaknya memahami keputusan pemain nombor satu dunia itu.

“Tahun lalu Chong Wei menyertai banyak kejohanan kerana mahu memperbaik­i ranking dan layak ke Sukan Olimpik.

“Selepas berakhir Olimpik, dia memilih untuk menyertai kejohanan tertentu saja.

“Oleh kerana umurnya sudah meningkat, proses untuk mengekalka­n tahap kecergasan­nya juga agak perlahan,” jelasnya.

“Seperti yang kita ketahui, satu takhta kejuaraan yang masih belum dimenangi Chong Wei adalah Kejohanan Dunia”

Mohamed Al-Amin Abd Majid „ Chong Wei, beregu lelaki sandaran terbaik negara

 ??  ?? V SHEM (kanan) dan Wee Kiong harapan terbaik raih gelaran dunia.
V SHEM (kanan) dan Wee Kiong harapan terbaik raih gelaran dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia