Harian Metro

Gila warna ‘pink’

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Wanita dan warna merah jambu tidak boleh dipisahkan, begitu juga dengan pengasas produk kecantikan dari Pendang, Kedah yang sanggup menghabisk­an puluhan ribu ringgit menukar warna tiga kereta mewahnya kepada warna itu.

Noor Shafarina Safiee, 28, ketika dihubungi berkata, minat terhadap warna itu membuatkan beliau sanggup berhabis demi memenuhi impiannya yang selama ini dipendam.

Lebih mesra dipanggil Kak Moly, beliau berkata, berikutan minatnya itu dia menghabisk­an hampir RM15,000 untuk ketiga-tiga keretanya iaitu Toyota Vellfire, Volkswagen dan Range Rover.

“Nak buat macam mana, minat ini ada dari zaman dulu-dulu lagi iaitu sejak dari sekolah rendah, cuma sekarang baru nak dapat apa yang jadi angan-angan dulu.

“Kereta ini hanya minat semata-mata. Kalau ikutkan, dulu pun minat pink (merah jambu), sampai pergi pekan pun pakai kasut pink, baju pink, seluar pink dan cekak pink,” katanya.

Baru-baru ini, wanita cantik itu menjadi viral di Facebook apabila dia memuat naik gambar bersama tiga kenderaan mewah berwarna merah jambu.

Pengasas produk kecantikan di bawah nama Mollys Beauty itu berkata, dia tiada niat untuk berlagak riak dengan memuat naik gambar itu sebaliknya hanya mahu berkongsi dengan pengikut di laman sosialnya.

Jelasnya, kegilaan terhadap warna itu juga menyebabka­n hampir 10 produk keluaran syarikatny­a dibotolkan dengan warna merah jambu.

“Pengikut di Facebook dan Instagram sudah tahu saya minat pink, mereka juga bila jumpa benda pink mesti tag Kak Moly, beritahu Kak Moly sebab tahu minat pink,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR swafoto Noor Shafarina di Facebook yang tular di Internet.
GAMBAR swafoto Noor Shafarina di Facebook yang tular di Internet.
 ??  ?? KERETA mewah milik Noor Shafarina yang diwarnakan merah jambu.
KERETA mewah milik Noor Shafarina yang diwarnakan merah jambu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia