Harian Metro

LUPAKAN NYANYIAN

„ Ainan Tasneem mahu bekerja sebagai pensyarah selepas tamat sarjana

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Penyanyi Ainan Tasneem, 25, membuat keputusan berhenti menyanyi selepas berkahwin dengan suaminya, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi, 26, semalam.

Ainan yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia berkata, itu adalah keputusann­ya sendiri selepas tamat kontrak dengan syarikat MVM Production.

“Keputusan ini bukan desakan suami, tapi memang niat saya sejak dulu lagi. Insya-Allah selepas tamat pengajian peringkat sarjana dalam Biologi Gunaan di UiTM (Universiti Teknologi Mara), Shah Alam, Mei ini, saya mahu bekerja sebagai pensyarah.

“Pada masa sama, mungkin saya boleh fokus kepada bidang penciptaan lagu. Selama ini pun kalau ada tawaran menyanyi saya menolak dengan cara baik, cuma saya selesa untuk mengacara program.

“Tahun lalu saya ada mengacara sebuah program di RTM. Bagaimanap­un, program itu bakal ditayangka­n tahun ini. Sejak itu saya mulai jatuh cinta dalam bidang pengacaraa­n,” katanya.

Terdahulu, Ainan dan Mohamad Ariffudin sah bergelar suami isteri pada majlis pernikahan yang berlangsun­g di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Mereka dinikahkan bapa Ainan, Dr Ridzuan Mohd Sagir dalam sebuah majlis ringkas dan sederhana.

Pada majlis itu, Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran manakala pihak Ainan membalas dengan tujuh dulang. Jumlah wang hantaran pula dirahsiaka­n.

“Alhamdulil­lah segala yang dirancang berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus­lumus menjayakan majlis pernikahan ini. Walaupun ia diadakan dalam suasana sederhana, tapi ia memberi makna tersendiri buat saya dan suami.

“Selepas ini bermulalah fasa baru dalam kehidupan saya sebagai isteri. Sejujurnya saya tak sabar nak memikul tanggungja­wab ini.

“Semoga limpah rahmat dan berkat sentiasa memayungi perkahwina­n kami. Saya juga berdoa perkahwina­n ini mendapat keredaan Allah SWT dan berkekalan hingga ke syurga,” katanya.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Pada majlis itu, kedua-dua mempelai sama cantik dan sama padan dalam persalinan rekaan Wajie Ibrahim.

 ??  ?? MOHAMAD Ariffudin menyarungk­an cincin ke jari manis Ainan Tasneem.
MOHAMAD Ariffudin menyarungk­an cincin ke jari manis Ainan Tasneem.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia